KNOWLEDGE IS POWER

Thursday, 20 December 2018

Latihan Ulangan Penggal 2 (2018)

KNOWLEDGE IS POWER

Bahagian A [15 markah]
Jawab semua soalan.
1.  Nyatakan empat jenis komponen yang menjadi petunjuk sesebuah negara maju.     [ 4 ]
a) .........................................................................................................................................
b) .........................................................................................................................................
c) .........................................................................................................................................
d) ………………………………………………………………………………………….

2.  Huraikan dua cara yang perlu dilakukan kearah memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip Rukun Negara. [ 4 ]
                  a)  ..........................................................................................................................................
   ..........................................................................................................................................
b)  .........................................................................................................................................
    ........................................................................................................................................

   3. Nyatakan tiga langkah kerajaan untuk mendidik masyarakat menjayakan Kempen Cintai Alam Sekitar.                                                                                                                         [ 3 ]
a)  ...............................................................................................................................
b) ................................................................................................................................
c) ................................................................................................................................
4. Jelaskan dua strategi bagi mencapai matlamat Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran                            Negara.[ 4 ]
a)  ................................................................................................................................
   ................................................................................................................................
b)  ................................................................................................................................
.................................................................................................................................


BAHAGIAN B
[20 markah]


Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf.
5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan bilangan majikan berdaftar dan penerima faedah perlindungan PERKESO serta aliran kes kemalangan perusahaan yang telah dilaporkan dan diselesaikan dari tahun 2007 hingga tahun 2009.
Pelbagai perlindungan telah diwujudkan untuk membantu golongan pekerja di Malaysia. Salah satunya adalah melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). PERKESO ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan perlindungan kepada pekerja-pekerja daripada kejadian luar jangka seperti kemalangan perusahaan, keilatan dan kematian. Dalam hal ini, pihak majikan akan membayar caruman bulanan bagi setiap pekerjanya yang layak mengikut kadar yang telah ditetapkan dalam jadual caruman PERKESO.
Bilangan majikan yang berdaftar menunjukkan peningkatan sepanjang tahun 2007 sehingga tahun 2009. Pada tahun 2007, seramai 649 603 orang majikan telah didaftar dalam PERKESO. Jumlah ini telah bertambah seramai 74 689 orang pada tahun 2009. Pada tahun sebelumnya, jumlah ini telah mengalami pengurangan seramai 39 827 orang berbanding dengan tahun 2009. Golongan majikan merupakan pelindung utama kepada para pekerja di bawah jagaannya.
Bagi kumpulan penerima faedah perlindungan PERKESO pula, bilangan mereka juga mengalami pertambahan. Pada tahun 2007, seramai 290 463 orang pekerja telah menerima faedah melalui PERKESO, manakala pada tahun 2008, jumlah ini telah meningkat kira-kira 2.62% daripada tahun 2007. Jumlah ini terus bertambah menjadi 324 784 orang pada tahun 2009.
PERKESO juga merekodkan bilangan kes kemalangan perusahaan yang dilaporkan di bawah AKTA Pampasan Pekerja. Sebanyak 56 339 kes telah dilaporkan kepada PERKESO pada tahun 2007. Jumlah ini mengalami penurunan sebanyak 2206 kes pada tahun berikutnya dan mengalami peningkatan sebanyak 1075 kes pada tahun 2009.
Keadaan yang tidak tekal juga berlaku pada  bilangan kes kemalangan perusahaan yang berjaya diselesaikan. Pada tahun 2007, sebanyak 44 688 kes telah diselesaikan degan bantuan PERKESO. Pada tahun 2008 pula, kes ini mencatat peningkatan sebanyak 9445 kes. Pada tahun 2009, kes kemalangan perusahaan yang telah diselesaikan telah mencatat penurunan sebanyak 6.6% berbanding dengan tahun 2008.

                                                        (Disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan Malaysia, 2010), Putrajaya Jabatan Perangkan  Malaysia)




6. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, lukis carta yang sesuai untuk menunjukkan perbandingan pendapatan bercukai kerajaan Malaysia mengikut jenis cukai dalam tahun-tahun tersebut.
            Dalam pembentangan bajet kerajaan setiap tahun , sebahagian besar perolehan adalah dikhususkan untuk pendapatan bercukai. Bagi memulihkan ekonomi Negara daripada terus meleset pada tahun 2010, pihak kerajaan telah meningkatkan jumlah pendapatan bercukai kerajaan Malaysia sebanyak RM98,765 juta berbanding pendapatan bercukai bagi tahun 2009 yang berjumlah RM543,210 juta. Didapati syarikat persendirian merupakan komponen terpenting dalam pendapatan bercukai yang berjumlah RM267,012 juta bagi tahun 2010 manakala bagi tahun 2009 adalah sebanyak RM 185,778 juta
            Pendapatan bercukai dari individu berjumlah RM 56,792.38 juta bagi tahun 2009 dan meningkat sebanyak RM9,845.56 juta pada tahun 2010. Pendapatan bercukai bagi syarikat korporat adalah yang terendah berbanding cukai lain. Jumlah perolehan  bagi cukai ini dalam tahun 2009 adalah sebanyak RM34,494.94 juta dan jumlah ini meningkat kepada RM 39,656.78 juta pada tahun 2010.
            Dalam keadaan kemelesetan ekonomi pada masa itu, kerajaan telah memperolihi pendapatan cukai syarikat kerjasama yang berjumlah RM41,512.94 juta bagi tahun 2009 iaitu kurang sebanyak RM1,771.69 juta berbanding pendapatan bagi tahun 2010. Kerajaan telah melakukan perbelanjaan berhemah sepanjang tahun 2010 untuk menangani keadaan kemelesetan ekonomi dan bagi memulihkan ekonomi negara daripada terus merosot.
            Sehubungan dengan itu, kerajaan telah berusaha untuk menambah jumlah pendapatan bercukai kerajaan agar dapat meningkatkan ekonomi negara pada masa hadapan.
                                                           
                                                        (dipetik dan diubahsuaikan daripada; Laporan Ekonomi Malaysia 2010)



















BAHAGIAN C
[25 markah]

Pilih satu daripada tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 300 hingga 350 patah perkataan.


7. Bekalan air bersih semakin berkurangan. Justeru, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk mengatasi masalah ini. Bincangkan.



8. Kepesatan pembangunan teknologi maklumat adalah salah satu punca jenayah siber semakin berleluasa. Oleh itu, beberapa tindakan wajar diambil untuk menyekat jenayah ini daripada menjadi ancaman. Jelaskan.

1 comment: