CHECKLIST SOALAN STRUKTUR
(Semester 2)
Bahagian 11. Berikan 4 tonggak dalam Model Baru Ekonomi -Konsep/Program 1 Malaysia
-Program Transformasi Kerajaan (PTK)
-Program Transformasi Ekonomi (PTE)
-RMK 10 (2011-2015)
2. Dasar ini melibatkan pemindahan kuasa kawalan dan kepentingan atau pelaburan kerajaan tertentu kepada sector swasta
a. Nyatakan dasar yang sesuai bagi menggambarkan pernyataan di atas
-Dasar Penswataan
b. Nyatakan dua objektif dasar tersebut
-mengurangkan peranan kerajaan dalam aktiviti sosio ekonomi Negara demi mengurangkan beban kewangan kerajaan
-menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penggunaan sumber-sumber kekayaan Negara secara optimum oleh syarikat swasta
3. Nyatakan dua strategi dalam melaksanakan dasar Kebudayaan Kebangsaan(STPM2016S.4)
- meningkatkan taraf dan kualiti kesenian melalui kerjasama penyelidikan, pendidikan dan hubungan budaya
-memupuk kesedaran dan perasaan menghormati kebudayaan etnik
-membangkitkan semangat nasionalisme -menyelidik,memulihkan dan memelihara nasionalisme agar tidak hilang ditelan zaman
4. Berikan 2 dasar kerajaan dalam memantapkan perpaduan dan integrasi nasional
-Dasar pendidikan
-Dasar Sukan
-Akta Bahasa Kebangsaan
-Dasar Kebudayaan Kebangsaan
5. Nyatakan 4 potensi yang ada pada Negara Malaysia untuk menjadi Negara maju tahun 2020 Teknologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
-Ekonomi Malaysia hari ini berpandukan eksport melalui industri bert knologi tinggi berasaskan pengetahuan dan berintensifkan modal
-Malaysia telah mengambil inisiatif untuk mengubah ekonomi yang bergantung kepada komoditi rendah dan pertanian kepada ekonomi berasaskan pembuatan
-Malaysia membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan, berpaksikan modal insan, inovasi dan idea
- Pendidikan dan latihan adalah diberi keutamaan dalam pembangun an di bawah rancangan pembangunan Malaysia
6. Jelaskan 2 matlamat Dasar Pandang ke Timur
-mengkaji dan memilih contoh amalan yang terbaik dari Negara timur-mencontohi amalan kerja yang baik dari Negara Jepun dan Korea Selatan supaya prestasi pengurusansektor perkhidmatan awam dapat dipertingkatkan
-mewujudkan nilai dan etika kerja yang positif-melalui pelaksanaan program seperti PerubahanStruktur(Kad perakam waktu,Tanda nama,fail meja dan pejabat terbuka) ,Perubahan Sikap-(Perkhidmatan Cemerlang,BCA,KMT) Latihan dan Kursus-(Latihan teknik dan vokasional,pengajian akademik,Skim latihan usahawan
7. Nyatakan 3 usaha yang dilaksanakan di sekolah bagi mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional
-Sekolah wawasan
-program 1M1S
-Aktiviti KOKU Beruniform
-Pertandingan Seni dan kebudayaan
8. Tranformasi ke arah Negara maju berpendapatan tinggi dalam Bajet 2011 telah menggariskan 4 strategi Terangkan dua daripada strategi tersebut
-Mendaya kembali pelaburan swasta-sektor awam perlu bekerjasama dengan sektor swasta yang akan menjadi pemacu manakala kerajaan sebagai pemudahcara akan meransang pertumbuhan ekonomi negara
-membangunkan modal insan-berkualiti,berkemahiran dan inovatif,aspek pendidikan disusun semula
9. Nyatakan tiga matlamat Rukun Negara(stpm 2015-s.2)
-untuk mencipta masyarakat yang adil
-untuk memelihara cara hidup demokratik -untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
-untuk membentuk satu sikap masyarakat liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai -untuk membina msyarakat yang progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden
10. Jelaskan 2 strategi yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk mencapai Wawasan 2020
-mewujudkan sekolah-sekolah wawasan dan programPLKN
- bertujuan melahirkan rakyat yang bersatu padu -Memberi penekanan matapelajaran P.Moral,PSK dan P.Islam
–supaya rakyat mempunyai moral yang tinggi dan berdisiplin
-Penekanan terhadap sains dan teknologi serta ICT-melahirkan modal insane yang berkualiti tinggi,kreatif dan inovatif untuk memajukan Negara
-Kemudahan infrastruktur yang lengkap dan menyeluruh-memberi keselesaan kepada rakyat dan pelabur-pelabur
No comments:
Post a Comment