Pertanyaan pelajar dalam penulisan karangan
Kekeliruan1:
Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi laras sains. Begitu juga karangan laras sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?

PENJELASAN:
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.
Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.

Satu kesan projek perumahan
terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan
tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.
STPM
2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN
AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA.
LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI
BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.
Satu
langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan. Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong. Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)

2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN
ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN
MANUSIA.
Salah satu kesan ialah kesan jiwa.
Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains
tetapi boleh diterima.
STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan
sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan
laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan
perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa
menggunakannya.
Isi bukan sains tetapi hujah mesti
ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sains.
Contoh isi dengan hujah sains.
Pentadbiran
kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan. Terdapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik. Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan
maya disediakan. Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah. Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar
cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.
Kekeliruan
2.
Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?
Penjelasan
cikgu:
Anda sendiri keliru sahaja. Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga.
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.
Jadi, yang penting maksud isi mesti
sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.
Satu lagi contoh:
Tajuk: Kepentingan internet.(Ini
soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada
banyak unsur sains)
Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN
PENTADBIRAN.
Anda
tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul
juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data ,betul juga.
Anda tulis internet mewujudkan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)

Rujuk: www.bumigemilang.com
No comments:
Post a Comment