KNOWLEDGE IS POWER

Sunday, 22 January 2017

KNOWLEDGE IS POWER

Karangan: USAHA KERAJAAN MEMBANTERAS RASUAH

RASUAH lebih bersifat abstrak dan kerana itu Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) menentang rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri lebih sukar untuk diberi penilaian berbanding lima cabang NKRA yang lain.
Untuk itu, NKRA ini menumpukan perhatian dalam mengubah persepsi umum terhadap agensi penguat kuasa, pemerolehan kerajaan dan hukuman individu berprofil tinggi.
Persepsi rendah didapati membelenggu empat agensi penyelaras dan penguat kuasa iaitu polis, kastam, imigresen dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dianggap paling banyak terlibat dengan rasuah.
Empat agensi itu juga mempunyai jumlah kes rasuah tertinggi di bawah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan skor tanggapan integriti paling rendah di kalangan orang ramai dan komuniti perniagaan.
Persepsi sama turut dilemparkan terhadap amalan pemerolehan kerajaan sementara individu berprofil tinggi dianggap terlepas hukuman yang banyak kepada ‘ikan bilis’ dan bukannya ‘jerung’.
Bagi mengatasi persepsi itu, NKRA ini mengambil inisiatif mengukuhkan langkah pencegahan rasuah serta penguatkuasaan lebih berkesan terhadap penjawat awam melalui penambahbaikan penyampaian sistem perundangan kes rasuah.
Ia akan dibantu melalui penubuhan ‘unit pematuhan’ di semua badan penyelaras dan agensi penguat kuasa termasuk juga SPRM. Untuk pemerolehan kerajaan, ketirisan dana awam akan dikurangkan melalui penekanan terhadap ketelusan dan kebertanggungjawaban lebih tinggi dalam pemberian dan pelaksana kontrak, panduan menguruskan surat sokongan dan pendedahan maklumat kontrak kepada umum.
Untuk meningkatkan kembali keyakinan rakyat terhadap agensi penguat kuasa, peluang menyalah guna kuasa di kalangan kakitangan agensi terbabit dikurangkan sementara pendakwaan kes rasuah dipercepatkan supaya selesai dalam tempoh satu tahun.
Inisiatif lain di bawah NKRA ini termasuk hukuman lebih berat untuk pemberi dan penerima rasuah, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, pangkalan data awam memaparkan maklumat pesalah yang disabitkan jenayah rasuah dan Pakatan Integriti (IP) supaya pemerolehan kerajaan bebas aktiviti rasuah.
Usaha juga akan dijalankan untuk mengukuhkan keberkesanan institusi penting seperti Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), Pejabat Ketua Juruaudit dan SPRM melalui peningkatan kebebasan (autonomi).
Antara kejayaan paling menyerlah NKRA ini adalah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digazetkan pada 10 Jun 2010 berkuat kuasa sejak 15 Disember 2010 untuk melindungi identiti pemberi maklumat, imuniti daripada liabiliti sivil atau jenayah serta perlindungan daripada sebarang tindak balas.
Nama 284 pesalah jenayah rasuah turut didedahkan dalam pangkalan data SPRM berbanding sasaran awal 84 pesalah selepas dilancarkan pada 4 Mac 2010, mendedahkan nama, gambar, nombor MyKad dan butiran kes individu yang disabitkan kesalahan bagi mewujudkan stigma terhadap amalan rasuah.
Lebih 3,500 tender dan kontrak kerajaan juga disenarai melalui portal MyProcurement untuk mencerminkan komitmen kerajaan terhadap ketelusan. Kegagalan mencapai sasaran Indeks Persepsi Rasuah pada 2010 dikaitkan dengan tempoh tinjauan dibuat pada 2009 iaitu sebelum beberapa inisiatif NKRA ini dilaksanakan.
Bagaimanapun, Barometer Rasuah Global menunjukkan persepsi rakyat menganggap tindakan kerajaan berkesan dalam menentang rasuah yang jatuh dari 53 peratus pada 2007 kepada 28 peratus pada 2009, kembali melonjak kepada 48 peratus pada tahun lalu.
Selain itu, perbicaraan kes rasuah kini dipercepatkan melalui 14 sesi khas mahkamah dan empat Mahkamah Tinggi khas untuk Rasuah di samping menambah baik Kanun Acara Jenayah (CPC).
Kamera litar tertutup (CCTV) juga digunakan di tempat pemeriksaan ‘panas’ kastam serta imigresen, sementara kakitangan yang memegang jawatan ‘panas’ dipindahkan secara berkala seperti setiap tiga tahun untuk kakitangan kastam.
Maklum balas Jawatankuasa Antarabangsa Penilaian Prestasi (IPR) untuk NKRA memperakui usaha kerajaan menentang gejala rasuah serta meningkatkan kebertanggungjawaban dan ketelusan dengan pujian atas penubuhan SPRM, inisiatif mendedahkan pemerolehan, melindungi pemberi maklumat serta penggunaan IP.
Beberapa langkah tambahan turut dicadangkan seperti mengharamkan surat sokongan, ketua pemeriksa di semua agensi kerajaan melapor terus kepada SPRM dan ketua agensi, serta pendaftaran semua agen (orang tengah) untuk pembida kontrak.
Presiden Transparency Malaysia, Datuk Paul Low turut menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dikemuka kerajaan bagi menentang rasuah dan percaya usaha ini membantu mengubah persepsi rakyat.
“Laporan Barometer Rasuah Global untuk Malaysia tahun lalu menunjukkan perubahan drastik pandangan umum terhadap usaha kerajaan menentang rasuah berbanding tahun sebelumnya.
“Berbanding 28 peratus pada 2009, 48 peratus rakyat Malaysia beranggapan usaha berkesan dalam menentang rasuah pada 2010 iaitu melangkaui sasaran awal 37 peratus,” jelasnya.
Laporan barometer 2010 itu turut menunjukkan penurunan mendadak golongan yang menganggap usaha kerajaan tidak berkesan bagi menentang rasuah dari 67 peratus pada 2009 kepada hanya 20 peratus tahun lalu.
Untuk 2011, beberapa Sasaran Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) baru telah ditetapkan sementara beberapa sasaran lama dimansuhkan berikutan maklumat yang diperoleh kurang memberi kesan kepada NKRA ini.
Antara NKPI baru itu adalah merekodkan IP Kementerian Kewangan dengan ikrar integriti sektor swasta serta tinjauan persepsi tempatan yang mencerminkan Barometer Rasuah Global.


KNOWLEDGE IS POWER

KARANGAN: Projek Aliran Transit Massa(MRT)

Projek Aliran Transit Massa (MRT)

Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT /Mass Rapid Transit) di Kuala Lumpur meliputi kepanjangan perjalanan 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Ini merupakan projek terbesar setakat ini dalam sejarah pembinaan prasarana Malaysia.
Pembinaan projek mega ini dijadualkan bermula Julai 2012 dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.
Cadangan projek MRT yang dijangka siap pada 2020 sebahagian besarnya bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan ‘Greater Kuala Lumpur’ (Greater KL).
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan istilah ‘Greater KL’ sewaktu mengumumkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada 21 Sept 2010 yang akan memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Greater KL meliputi kawasan seluas 279,327 hektar terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.
Jumlah penduduk Greater KL dianggarkan sekitar enam juta dan dijangka meningkat 10 juta pada 2020.
BAGAIMANA MRT DAPAT MELAKUKAN TRANSFORMASI PENGANGKUTAN

Projek rel MRT yang berkelajuan tinggi dan besar-besaran ini dibentangkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Projek itu selaras dengan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk Greater KL bagi meningkatkan rangkaian pengangkutan awam bandar raya ini. Usaha memperbaiki pengangkutan awam merupakan salah satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA), yang diberi keutamaan di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Apabila siap, projek ikon ini akan meliputi radius 20 kilometer dari pusat bandar raya Kuala Lumpur. MRT dijangka menawar khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini. Pembinaan terminal bas dan rel turut dijangka menambah pecahan mod pengangkutan awam di Greater KL dari 12 peratus pada 2009 kepada 30 peratus pada 2015. Diharapkan menjelang 2020, sekurang-kurangnya 50 peratus penduduk KL akan menggunakan pengangkutan awam. Setakat ini, Malaysia mempunyai pemilikan kereta per kapita lebih tinggi dari Amerika Syarikat dan Jerman, dengan 20 juta kereta untuk jumlah penduduk 28 juta!

PANDANGAN NEGATIF TERHADAP PROJEK MRT

Di bawah Rancangan Malaysia keenam, peratus penggunaan pengangkutan awam disasarkan kepada 50 peratus untuk tahun 2000 dengan siapnya sistem transit aliran ringan (LRT) tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Jadi, banyak pihak masih pesimistik dengan sasaran MRT yang diuar-uarkan berkemampuan melonjakkan peratus penggunaan pengangkutan awam yakni peratus komuter yang menggunakan pengangkutan awam. Hal ini kerana pada masa ini pun tidak ada usaha bersungguh-sungguh bagi memperbaiki sistem sokongan untuk pengangkutan awam, termasuk keutamaan pengangkutan awam serta langkah kekangan trafik di atas jalan raya yang ada.
Usaha menjadikan pergerakan kenderaan pengangkutan awam seperti bas dan trem lebih pantas dan boleh diharap cekap masih tidak mencapai kejayaan. Usaha memastikan kenderaan transit seperti bas atau trem dapat menyusuri jalan yang sedia ada dengan lebih lancar, jalan raya kurang sesak dan lebih melancarkan perjalanan bas masih gagal.

LANGKAH-LANGKAH MEMASTIK KEJAYAAN PROJEK MRT

1. Bentuk perjalanan di Lembah Klang sekarang ini diperbetul terlebih dahulu menerusi pembangunan yang berorientasikan pengangkutan awam (TOD) di sekeliling stesen rel yang ada sebelum kerajaan melaksanakan sebarang cadangan rel baru. Liputan perkhidmatan rel yang ada masih belum memenuhi potensi maksimum bukan kerana kekurangan bas perantara tetapi lebih kepada tahap kemudahcapaian dan kesinambungan ruang pejalan kaki yang rendah, reka bentuk rangkaian bas yang lemah dan kurang integrasi antara mod transit.
2. Kerajaan perlu memberi tumpuan mewujudkan lorong khas bas bagi mengatasi masalah jalan raya yang sesak untuk perjalanan dari kawasan kejiranan ke pusat aktiviti perbandaran setempat, dan dari pusat ini ke pusat bandaraya Kuala Lumpur.
3. Pembangunan yang mengarah kepada pembentukan bandar raya kompak yang mesra penduduk perlu berteraskan penyepaduan di antara perancangan guna tanah dengan perancangan pengangkutan awam. Ini memerlukan anjakan paradigma yang mengutamakan pejalan kaki berbanding pengguna kenderaan peribadi, dan mendahulukan pergerakan secara berkumpulan berbanding pergerakan individu. Dengan merujuk kepada Hong Kong dan tempat-tempat lain yang mempunyai penggunaan tanah serta perancangan pengangkutan yang teratur, projek pembangunan kepadatan-tinggi seharusnya bertumpu di sekeliling stesen MRT. Apabila lokasi tumpuan aktiviti masyarakat berada berhampiran dengan perhentian transit, orang ramai lebih mudah dan pantas melangsaikan tugasan harian mereka.
4. Kerajaan harus ada perancangan mewujudkan laluan bas bagi mengatasi masalah kelancaran perjalanan bas yang memainkan peranan penting bukan sahaja sebagai perantara di antara kawasan kejiranan dengan stesen rel sedia ada, tetapi sebagai medium perhubungan pusat aktiviti perbandaran di luar bandaraya Kuala Lumpur. Kita perlu memastikan masa yang diambil dengan menggunakan MRT dalam urusan mereka lebih pendek daripada masa menggunakan kenderaan sendiri.
KEBAIKAN PROJEK MRT

1. MENGURANGKAN BAHAN API FOSIL

MRT menyelamatkan alam sekitar memandangkan sektor pengangkutan di Malaysia menggunakan bahan api fosil yang tinggi. Perangkaan Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008 (National Energy Balance) menunjukkan penggunaan bahan api fosil dalam sektor pengangkutan meningkat sebanyak 35.8 peratus antara 2000 dan 2008. Peningkatan seumpama ini boleh dielakkan sekiranya terdapat perkembangan yang memberangsangkan dalam sektor pengangkutan awam. Sebagai perbandingan, kita dapat melihat peratus penggunaan yang lebih cekap daripada jumlah penggunaan sumber tenaga bagi sektor pengangkutan di Amerika Syarikat sebanyak 28.5 peratus, Singapura 18 peratus dan Jepun 24 peratus.

2. MENGATASI PENCEMARAN

Proses pembakaran bahan api akan melepaskan bahan pencemar seperti karbon monoksida, oksida nitrogen, oksida sulfur serta bahan pencemar yang lain. Di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Seremban dan Johor Bahru, paras bahan pencemar daripada kenderaan sangat tinggi. Ini memberikan impak langsung kepada indeks kualiti udara. Kualiti udara menjadi lebih teruk di lokasi yang mengalami kesesakan lalulintas. Lalulintas yang tidak diurus dengan baik akhirnya bukan sahaja membazirkan sumber tenaga tetapi juga menjejaskan kesihatan kepada mereka yang menghirup bahan pencemar ini secara langsung. Sementara kebanyakan kes rawatan di hospital melibatkan warga berusia, pencemaran berkaitan trafik juga mempunyai kesan yang agak teruk ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak mudah mengalami penyakit bronkitis akibat pencemaran udara yang berpunca daripada trafik.


3 JIMAT KOS PENCEMARAN


Pengurangan pelepasan bahan pencemar daripada kenderaan dapat menyelamatkan nyawa dan menjimatkan peruntukan kebajikan kesihatan. Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menjalankan kajian yang serupa di Austria, Perancis dan Switzerland. Kajian seumpama itu membuktikan usaha mengurangkan pencemaran menerusi pengangkutan awam yang efektif mempunyai impak positif kepada negara dengan menyelamatkan nyawa, alam sekitar dan memberikan manfaat ekonomi. Apakah kita dapat melakukan sedemikian melalui projek MRT ini.
KNOWLEDGE IS POWER


Pertanyaan pelajar dalam penulisan karangan


Kekeliruan1:
Saya terdengar informasi terkini. karangan laras sastera langsung tidak boleh sentuh isi laras sains. Begitu juga karangan laras sains tidak boleh sentuh isi sastera dan tidak boleh simpan peribahasa. adakah ini benar?

PENJELASAN:
KARANGAN LARAS SASTERA BOLEH DIBERI HUJAH SAINS TETAPI TIDAK PERLU SAINTIFIK SANGAT. SECARA UMUM SUDAH BAIK.
Contoh:
STPM 2007.1. BELAKANGAN INI BANYAK TERDAPAT PROJEK PERUMAHAN YANG TERBENGKALAI DI SELURUH NEGARA YANG AKAN MENIMBULKAN KESAN NEGATIF KEPADA PELBAGAI PIHAK. LANGKAH-LANGKAH TERTENTU PERLU DILAKSANAKAN UNTUK MEMBENDUNG MASALAH TERSEBUT. BINCANGKAN.
Satu kesan projek perumahan terbengkalai ialah pencemaran alam. Kesan ialah kawasan itu membiak nyamuk dan tikus, penyakit merebak.(tak perlulah saintifik sangat hujah anda)
Satu lagi kesan ialah imej negara terjejas.
STPM 2008. 2 KESEPADUAN SEKTOR PELANCONGAN DENGAN ALAM SEMULA JADI TELAH MENCETUSKAN AKTIVITI PELANCONGAN YANG DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA NEGARA. LANGKAH-LANGKAH YANG SEWAJARNYA PERLU DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN AKTIVITI INI BERTERUSAN. BINCANGKAN PENYATAAN INI.

Satu langkah ialah Perancangan yang rapi penting.
Lebih banyak hutan simpanan diwartakan. Contoh Taman Alam Kuala Selangor, Kuala Gula(Perak) dan Taman Negara Bako di Sarawak. (FRIM, PERHILITAN)Keunikan flora dan fauna hidup di di sesuatu kawasan dengan pelbagai cara adaptasi dikaji. Maklumat sistem rantai makanan yang unik dan saling memerlukan di sesuatu habitat disediakan. Misalnya ‘Spice Garden” di Pulau Pinang dirancang dengan baik.
Ilmu pengetahuan disebarkan melalui pemandu pelancong. Malah herba-herba itu dirasa oleh pelancong melalui masakan. (Komen Cikgu: lihat, pasti ada sikit hujah sains)

STPM 2003.3 OBESITI MERUPAKAN SATU MASALAH KESIHATAN YANG BERLAKU DALAM KALANGAN ANGGOTA MASYARAKAT TANPA MENGIRA PERINGKAT UMUR. BINCANGKAN FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH TERSEBUT DAN KESANNYA TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA.

Salah satu kesan ialah kesan jiwa. Wajah terjejas, kawan semakin kurang, hidup menyendiri.(Ini bukan hujah sains tetapi boleh diterima.
STPM 2008.1 Dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan, kebanyakan agensi kerajaan telah menyediakan laman web dan perkhidmatan dalam talian kepada orang ramai. Bincangkan kebaikan perkhidmatan tersebut dan masalah yang mungkin dihadapi oleh pelanggan semasa menggunakannya.
Isi bukan sains tetapi hujah mesti ada unsur sains sebab tajuk ini melibatkan telekomunikasi.
Contoh isi dengan hujah sains.
Pentadbiran kerajaan menjadi cekap. Urusan “one-stop” dapat disediakan. Terdapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian pelbagai perkhidmatan media elektronik. Kios urusan dan bentuk kaunter fizikal dan maya disediakan. Misalnya kios komputer disediakan di pusat membeli belah. Orang ramai boleh membaharui lesen memandu, bayar cukai pendapatan, mendaftar diri sebagai pengundi sekali gus di situ.
Ini bermakna tiada sekatan masa dan lokasi untuk berurusan.

Kekeliruan 2.

Jika isi saya tidak kena skema jawapan, jadi perenggan isi tersebut langsung tiada markah?

Penjelasan cikgu:

Anda sendiri keliru sahaja. Jika dalam skema punca jenayah ialah faktor keluarga. 
Anda tulis ibu bapa abaikan asuhan anak-anak, betul juga.
Jika anda tulis krisis keluarga, betul juga.
Jika anda tulis kawalan ketat ibu bapa sehingga anak-anak memberontak, betul juga.
Jika anda tulis keluarga miskin dan ibu bapa sibuk bekerja di luar, betul juga.
Jadi, yang penting maksud isi mesti sama atau hampir sama. Bukan perkataan yang digunakan dalam skema.
Satu lagi contoh:
Tajuk: Kepentingan internet.(Ini soalan bahagian B, tetapi isi bukan semua sains, yang perlu ialah hujahnya ada banyak unsur sains)
Skema Isi 1: MEMAJUKAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN.

Anda tulis internet memajukan pentadbiran negara, betul juga.
Anda tulis internet membantu jabatan kerajaan menguruskan permohonan dan lesen, betul juga.
Anda tulis internet mempercepatkan pemprosesan dan penyimpanan data ,betul juga.
Anda tulis internet mewujudkan kerajaan elektronik, betul juga.(semua idea adalah sama sahaja)


Rujuk: www.bumigemilang.com

Thursday, 5 January 2017

KNOWLEDGE IS POWER

              KUASA PERUNDANGAN
Senarai Persekutuan
(Senarai Pertama)
Senarai Negeri
(Senarai Kedua)
Senarai Bersama
(Senarai Ketiga)
1. Pilihan Raya Persekutuan
1. Hari Kelepasan Negeri
1. Pemulihan Tanah dan Lombong
2. Hari Pelepasan Persekutuan
2. Jentera Pentadbiran Kerajaan Negeri
2. Kebudayaan dan Sukan
3. Panggung Wayang dan Tempat Hiburan
3. Penyiasatan Untuk Maksud-maksud Negeri
3. Ternakan Haiwan
4. Kebajikan Orang Asli
4. Penyu dan Penangkapan Ikan di Sungai
4. Kutu Rayau dan Penjaja
5. Perumahan Persekutuan
5. Kerja Raya Negeri dan bekalan Air
5. Perlindungan Binatang dan Burung Liar
6. Syarikat Kerjasama
6. Perkhidmatan Tempatan
6. Biasiswa

7. Ubat dan Kesihatan
7. Kerajaan Tempatan
7. Kebajikan Masyarakat

8. Perdagangan dan Perusahaan
8 Tanah
8. Kesihatan Awam
9. Undang-Undang Jenayah dan Sivil
9. Pertanian dan Perhutanan
9. Perancangan Bandar dan Kampung
10. Ukur
10. Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Orang Melayu
10. Perparitan dan Pengairan
11.Penerbitan dan Penapisan

11. Pengembaraan

12. Kerja Raya Persekutuan dan Tenaga


13. Pengangkutan dan Perkapalan


14. Pelajaran



15. Buruh dan Keselamatan



16. Kewarganegaraan



17. Kewangan



18. Pertahanan



19. Keselamatan Dalam Negeri



20. Hal Ehwal Luar Negara



KNOWLEDGE IS POWER

          FORMAT PENGIRAAN IMBANGAN PEMBAYARAN
Butiran
RM
RM
Eksport barang / nampak
X
Tolak :  Import barang / nampak
       -  X
IMBANGAN DAGANGAN
X
Perjalanan
X
Pengangkutan
X
Tambang dan Insurans
X
Urusniaga Kerajaan
X
Perkhidmatan Lain
X
IMBANGAN PERKHIDMATAN
X
Pendapatan pelaburan
X
Pampasan Pekerja
X
IMBANGAN PENDAPATAN
X
Penerimaan Pindahan
X
Tolak : Pembayaran Pindahan
       -  X
PINDAHAN BERSIH
X
AKAUN SEMASA
X

Butiran
RM
RM
Modal jangka panjang
X
Pelaburan korporat
       + X
AKAUN MODAL (AKAUN KEWANGAN)
X

IMBANGAN ASAS = AKAUN SEMASA +  AKAUN MODAL JANGKA PANJANG

IMBANGAN KESELURUHAN = IMBANGAN ASAS + MODAL SWASTA BERSIH +
                                   RALAT DAN KETINGGALAN