Bincangkan sumbangan MSC kepada masa depan Malaysia serta
langkah-langkah untuk menjamin kejayaannya.
PENGENALAN
·
Sekarang MSC merupakan projek terpenting kerajaan Malaysia.
·
Semua syarikat teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
terkemuka di dunia setuju melabur di MSC
·
Universiti terunggul dalam bidang TMK juga membuka
cawangan di MSC
·
Hakikat ini menunjukkan MSC amat penting kepada semua
pihak, khususnya Malaysia
ISI
SUMBANGAN
1. Memajukan sistem
pengurusan dan pentadbiran
·
Urusan kerajaan kini dijalankan melalui TMK
·
Data dapat diproses dengan segera
·
Urusan kerajaan menjadi tepat dan cekap
·
Dengan ini, Malaysia akan lebih cepat mencapai wawasannya
2. MSC dapat
memajukan sistem pendidikan
·
TMK digunakan di sekolah dan universiti MSC
·
Sekolah memperoleh maklumat dunia melalui multimedia
·
Cara ini lebih berkesan kerana tidak membosankan
·
Prestasi akademik akan meningkat
3. MSC dapat
meningkatkan taraf kesihatan rakyat
·
Doktor tempatan dapat berbincang dengan pakar perubatan
di seluruh dunia
·
Pakar luar negara dapat merawat pesakit di Malaysia melalui
teleperubatan
·
Sebarang penemuan ubat dan rawatan juga dapat disebarkan
·
Dengan ini, rakyat kita mendapat rawatan yang cepat,
jimat, dan lebih selamat
·
Taraf kesihatan rakyat kita akan meningkat
4. MSC juga
memajukan perdagangan
·
MS menawarkan kemudahan telekomunikasi
·
Peniaga dan pengusaha dapat mengendalikan perniagaan
mereka di seluruh dunia
·
Mereka dapat menghubungi seluruh dunia dengan mudah
·
Oleh itu, urusan perniagaan antarabangsa akan berjalan
dengan lancar
5. MSC membantu
mencapai kerjasama dan persefahaman sejagat
·
Seluruh dunia dapat berhubung dan berinteraksi
·
Kita dapat bertukar pengetahuan, pengalaman, budaya dan
sebagainya
·
Dengan ini, salah faham dapat dikurangkan
·
Sebarang peristiwa akan diketahui segera
·
Kita dapat membantu negara yang ditimpa bencana mendadak
6. Pemindahan teknologi
ke negara kita akan bertambah pesat
·
Pelabur asing membawa masuk teknologi baharu
·
Pusat penyelidikan dan pembangunan (P&P) akan muncul
·
Rakyat kita turut terlibat dalam P & P
·
Sebagai hasilnya, Malaysia mampu mencipta teknologi P &
Pnya tersendiri.
LANGKAH-LANGKAH
1. Memperlengkap kemudahan
infrastruktur
·
KLIA telah siap dibina
·
Sistem pengangkutan darat yang canggih juga dibina
·
Kawasan pejabat yang termoden juga disediakan di
Cyberjaya dan KLCC
·
Sistem komunikasi yang canggih juga dapat dibekalkan
2. Mengawal dan
menguatkuasakan undang-undang
·
Akta Siber perlu dikuatkuasakan
·
Hal ini dapat mencegah berlakunya jenayah komputer
·
Jenayah TMK dapat disekat
·
Dengan ini, penggunaan teknologi multimedia akan lebih
selamat
·
Akta Harta Intelek juga perlu digubal
·
Hal ini dapat mencegah kegiatan cetak rompak TMK
3. Menawarkan pelbagai
insentif
·
Pelabur diberi pengecualian cukai
·
Pakar asing juga diberi kebebasan keluar masuk
·
Ahli keluarga mereka boleh tinggal lebih lama di sini
·
Hal ini akan memudahkan pelabur asing melabur di MSC
KESIMPULAN
·
MSC merupakan projek yang paling menyerlah dalam sejarah
multimedia dunia
·
Hanya Malaysia sahaja yang berani mengharungi cabaran
membina MSC yang terulung di dunia
·
Kita sebagai rakyat Malaysia wajar berbangga dan
bertanggungjawab menjayakan.
No comments:
Post a Comment