KNOWLEDGE IS POWER

Wednesday, 20 April 2016

RIMUP

KNOWLEDGE IS POWER


RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK 

PERPADUAN


(RIMUP)

KONSEP

  • RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran.

MATLAMAT

  • Matlamat Rimup adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mapu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu.

OBJEKTIF RANCANGAN


RIMUP menggariskan empat objektif utama iaitu:
  • Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan muird serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegiatan-kegiatan khas secara bersama.

  • Mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

  • Melahirkan persefahaman dan toleransi antara muird pelbagai kaum di sekolah.

  • Berkongsi kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersam-sama.
RIMUP iaitu Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan dijalankan untuk menunjukkan perpaduan antara kaum di negara kita. Rancangan ini suatu komponen yang sangat penting dalam usaha mengeratkan hubungan antara pelajar dan juga guru. Pelajar – pelajar daripada ketiga – tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India bersama – sama mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.
Aktiviti dibahagikan kepada aspek kebudayaan, akademik dan permainan. Dari segi kebudayaan, RIMUP diadakan sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Melalui RIMUP, kita boleh saling mengenali budaya dan adat kaum masing – masing.
Dari segi akademik pula, beberapa program yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar diadakan termasuklah Program Teknik Menjawab Soalan Penulisan Bahasa Melayu yang melibatkan bukan sahaja pelajar SMK Seri Kembangan tetapi juga pelajar – pelajar dari SMK Seri Indah dan SMK Seri Serdang.
Dari segi permainan, diadakan pula perlawanan bola sepak antara sekolah – sekolah di Serdang.

PROGRAM LINUS BAHASA INGGERIS

KNOWLEDGE IS POWER


Apa Maksud Program LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.

National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah dipertanggunajawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan nemerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS – Numerasi: operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asa mengira serta memahami idea matimatik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

RASIONAL PROGRAM LINUS

Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah melaksanakan pelbagai program pemulihan. Antaranya:

1. Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2.
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal Tahap1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

STRATEGI PELAKSANAAN LINUS DI SEKOLAH

Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu: Saringan 1 (Mac), Saringan 2 (Jun), Saringan 3 (September).

Semua murid Tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwi bahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.



DEFINISI LITERASI
  
Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.
KEMAHIRAN ASAS LITERASI



TAHUN 1 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah. TAHUN 2 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi. TAHUN 3 – Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.


12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

 
Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.
Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.
Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.
Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.
Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’.
Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.
Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.
Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.
Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.
Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.


DEFINISI NUMERASI


Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. 
KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas

TAHUN 2

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3

- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.

- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi

- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai

12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI



Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka


Konstruk 2 : Keupayaan membilang


Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

Saturday, 16 April 2016

11 ANJAKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2013-2025)

KNOWLEDGE IS POWER

Antara 11 anjakan tersebut adalah :

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah. 
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.




Guru Sebagai Satu Profesyen.

KNOWLEDGE IS POWER

Guru Sebagai Satu Profesyen.


Profesional pada umumnya adalah merujuk kepada bidang pekerjaan yang memerlukan latihan dan kepakaran peringkat tinggi serta mematuhi piawai teknik atau etika sesuatu profesion; menguasai kehalusan cara dan kaedah berasaskan pengetahuan serta kesungguhan yang tinggi yang mencerminkan hasil pendidikan, latihan dan pengalaman. 

Justeru itu guru atau pendidik itu dianggap sebagai bidang yang professional, kerana bukan sahaja sebelum menjadi pendidik mereka perlu menjalani latihan perguruan yang intensif tetapi juga memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Seseorang yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi dalam sessuatu bidang ilmu mungkin boleh mengajarkan ilmunya kepada orang lain, tetapi sama ada mereka boleh memahaminya atau tdiak adalah berrgantung kepada kaedah penyampaiannya.

Untuk memastikan kaedah penyampaian yang berkesan sesorang itu perlu menjalani latihan yang khusus bagi tempoh masa yang tertentu untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berkaiatan ilmu pedagogi dan andragogi. Pedagaogi dan andragogi adalah kaedah mendidik seseorang mengikut peringkatnya.
 
Dalam konteks ini seorang bakal guru perlu menjalani latihan selama empat hingga lima tahun sama ada di IPG mahupun di universiti. Mereka akan diberi pendedahan berkaitan semua aspek dalam pendidikan meliputi teori, amali, kaedah, falsafah, psikologi, sejarah dan bidang-bidang lain berkaitan keguruan.
 
Latihan yang khusus, penghayatan etika keguruan dan pengalaman yang luas akan dilalui oleh seorang yang bernama pendidik sehingga melayakkannya menjadi guru cemerlang, guru kanan, penolong kanan, pengetua dan jawatan-jawatan utama dalam perkhidmatan pendidikan. Dalam suasana dunia yang pesat berubah khususnya dalam ilmu pengetahuan dan era teknologi maklumat kini menawarkan peluang dan cabaran kepada pendidik. Kepakaran sedia ada jika tidak dikemaskini dalam masa yang singkat akan menjadikan using dan ketinggalan zaman.
 
Corak latihan, kemahiran dan kepakaran serta pendekatan guru yang sentiasa berubah selaras dengan perkembangan dan keperluan teknologi semasa menjadikan pendidikan bersesuaian dengan konsep profesional dan sekaligus meletakkan pendidikan sebagai satu profesion. Oleh kerana guru sebagai bidang yang professional, maka sekolah perlulah diurus secara professional.
 
Menunjangi sekolah untuk diurus sebagai institusi yang professional sudah tentulah PENGETUA, selaku watak utama. Prestasi sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan prestasi pengetuanya sebagai pemimpin professional, pengurus, pentadbir, perancang, pengelola, pengawal, penyelia, penilai, pendidik dan sebagainya. Pengurusan sekolah yang baik dan pengwujudan iklim sekolah yang sesuai serta kondusif adalah bergantung kepada kualiti kepimpinan dan kewibawaan pengetua.
 
Pengetua adalah orang yang penting dan berpengaruh serta mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap segala seuatu yang berlaku di sekolah dan persekitarannya. Kepimpinan pengetualah yang menentukan nada sesebuah sekolah, iklim pembelajaran, aras profesionalisme,semangat staf dan tahap keperihatinan mereka terhadap perkara yang berlaku, perkara yang tidak berlaku dan perkara yang sepatutnya berlaku terhadap murid-murid dan warga sekolah keseluruhannya.
 
Guru-guru selaku tenaga pengajar juga mempunyai peranan dalam mendaulatkan pendidikan sebagai satau profesion. Kualiti manusia yang bakal dihasilkan oleh sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan pernanan guru.. Oleh itu guru perlu berperanan sebagai model yang boleh dicontohi oleh murid-murid dalam semua aspek, samada penampilan diri, sahsiah, keperibadian dan mendokong etikakeguruan sepenuh hati. Bagi memastikan peranan guru berfungsi pada tahap profesionalisme yang tinggi perkara-perakara berikut perlulah sentiasa ada dan dikemaskini oleh setiap individu guru;
 
1. Menghayatai sepenuhnya Falsafah Pendidikan Negara;
 
2. Menghayati dasar-dasar Negara seperti wawasan 2020, PPPM, Transformasi Pendidikan dan sebagainya
   
3. Mendidik sengan sepenuh jiwa dan bersunggug-sungguh bagi memastikan semua murid dalam kawalannya mncapai perkembangan yang postif dalam aspek;
 
       a) Penjagaan kesihatan dan keselamatan
       b) Kewarasan mental dan jasmani
       c) Kemahiran vokasional
       d) Pembangunan Intelek
       e) Penyempurnaan diri
       f)  Kemahiran Ekonomi
       g) Kemahiran Kemasyarakatan
       h) Keamtangan politik
       i)  Kecelikan budaya
       j)  Perpaduan dan persefahaman sejagat
 
4. Guru perlulah juga mempunyai kualiti peribadi yang unggul untuk memastikan pendidikan yang berkualiti dan seterusnya mencetak genarasi yang terbilang. Berikut adalah kualiti peribadi yang perlu ada pada seorang guru;
 
       a) Keyakinan dan taat pada agama
       b) Setia dan mematuhi undang-undang;
       c) Setia kepada Negara;
       d) Menunjukkan ketekunan dalam menjalankan tugas;
       e) bersikap tidak memntingkan diri sendiri;
       f) Mencitai ilmu dan membudayakan ilmu;
       g) Gemar membaca dan kongsikan menerusi budaya Ulasan Buku (Book Review);
       h) Mempunyai keyakinan diri (sanggup tampil kehadapan apabila diminta
           dan bukan menyembunyikan diri)
       i) Berperanan sebagai penyumbang dan bukannya sekadar penumpang;
       j) Sanggup berkorban untuk sesuatu kebaikan;
       k) Pemikiran yang matang;
       l) Bersikap demokratik;
      m) Stabil dan kewarasan emosi;  
      n) Sentiasa ingin maju ke arah kecemerlangan;
      o) Bermoral dan mengamalkan nilai keagamaan yang tinggi;
      p) Sedia bertolak ansur;
      q) Berbangga dengan apa yang ada dan telah dicapai;
      r) peka kepada perubahan untuk kemajuan;
      s) menghormati adat resam dan kebudayaan bangsa lain;
      t) Sentiasa menjaga agama,  negara, bangsa, martabat diri dan profesyen;
      u) Bersifat penya yang;
      v) Mampu membuat pertimbangan yang adil dan saksama;
     w) Berpandngan jauh dan berwawasan;
      x) Sentiasa membantu dan menjaga kebajikan orang lain;
      y) Sentiasa menunjukkan kemeseraan kepada orang lain;
      z) Bersyukur dengan nikmat yang diterima, bersabar dengan cabaran
 
Kesemua elemen yang dinayatakan ini adalah faktor penentu dalam memberikan indikator sejauhmanakah seseorang guru itu dapat berfungsi sebagai seorang pendidik yang unggul dan professional serta menjadi pemangkin kepada lahirnya insan berkuliti sebagai produk sesebuah sekolah.
 
Beriltizamlah untuk menjadi guru yang unggul kerana buakan sahaja untuk mengangkat guru sebagai satu profesion tetapi mengangkat individu ke arah martabat insan yang kamil.

Friday, 15 April 2016

PPPM: PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KNOWLEDGE IS POWER

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)


Latar belakang

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia melancarkan kajian semula sistem pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang baharu. Tujuan utama kajian semula ini dibuat dalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat terhadap dasar pendidikan negara.ObjektifPelan ini dibangunkan dengan tiga objektif khusus, iaitu:


1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem.


2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.


3. Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi masyarakat, serta mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan awam.



Aspirasi Sistem Pendidikan

1. Akses

100% enrolmen merentas semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas menjelang 2020.

2. Kualiti 

Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa dan PISA dalam tempoh 15 tahun.

3. Ekuiti 

50% pengurangan dalam jurang pencapaian (bandar - luar bandar, sosioekonomi, gender) menjelang 2020.

4. Perpaduan 

Sistem pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian

5. Kecekapan 

Sistem yang memaksimumkan keberhasilan murid mengikut peruntukan sedia ada.


Aspirasi terhadap Murid

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) adalah berasaskan aspirasi alsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah menyediakan pendidikan seimbang untuk setiap murid. Pelaksanaan pelan ini adalah merujuk kepada sistem pendidikan yang berprestasi tinggi bagi membina kemahiran khusus dan atribut kepada murid sebagai persediaan menghadapi cabaran pembangunan ekonomi dan globalisasi.PPPM ini telah menggariskan enam ciri-ciri utama yang menjadi asas aspirasi bagi setiap murid di negara ini.Setiap murid akan mempunyai … sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan 


Aspirasi murid

PengetahuanKemahiran BerfikirKemahiran MemimpinKemahiran DwibahasaEtika dan KerohanianKerohanianIdentiti Nasional


 Pengetahuan

Di peringkat paling asas, setiap kanak- kanak perlu menguasai sepenuhnya kemahiran literasi dan numerasi. Selain itu, penting bagi setiap murid menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains. Murid juga perlu didedahkan kepada pengetahuan am yang menyeluruh tentang Malaysia, Asia, dan dunia dari aspek sejarah, manusia, dan geografi. Murid juga digalakkan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang lain seperti seni, muzik, dan sukan.

 Kemahiran Berfikir

Setiap murid akan belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif. Bidang ini kurang diberi perhatian, menyebabkan murid kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. 

 Kemahiran Memimpin

Dalam dunia yang semakin saling berhubung kait, kebolehan untuk memimpin dan bekerja dengan orang lain secara berkesan adalah amat penting. Sistem pendidikan negara akan membantu setiap murid mencapai potensi sepenuhnya dengan mewujudkan peluang yang formal dan tidak formal untuk bekerja dalam pasukan dan mengamalkan ciri kepimpinan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan merangkumi empat dimensi, iaitu keusahawanan, berdaya tahan, kecerdasan emosi, dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

 Kemahiran Dwibahasa

Setiap kanak-kanak akan menguasai bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan serta bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi antarabangsa sekurang-kurangnya pada tahap minima. Dengan tahap penguasaan bahasa ini selepas menamatkan persekolahan, murid sepatutnya berupaya menggunakan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dalam persekitaran kerja. Di samping itu, Kementerian akan menggalakkan semua murid mempelajari bahasa lain sebagai bahasa tambahan.

 Etika dan Kerohanian

Sistem pendidikan akan memupuk etika dan kerohanian dalam diri setiap murid bagi mendepani cabaran yang akan ditempuhi dalam kehidupan dewasa, agar mereka boleh menyelesaikan konflik secara harmoni, bijak membuat pertimbangan, berpegang kepada prinsip ketika berada dalam situasi yang kritikal, serta berani melakukan sesuatu yang betul. Sistem pendidikan juga berhasrat untuk membentuk individu penyayang yang dapat menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan negara. 

  Identiti Nasional

Identiti nasional yang kukuh melalui penghayatan prinsip Rukun Negara, diperlukan untuk kejayaan dan masa depan Malaysia. Setiap murid akan berbangga dikenali sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira etnik, agama atau status sosioekonomi. Semangat patriotik perlu dipupuk dalam diri setiap murid dengan cara memahami sejarah negara, dan berkongsi aspirasi yang sama untuk masa depan negara. Demi mewujudkan identiti nasional yang sebenar, semangat keterangkuman yang teguh amat diperlukan. Identiti nasional akan dapat dicapai bukan hanya belajar memahami dan menerima kepelbagaian, tetapi juga menghayati kepelbagaian.

Perbincangan 


Buat perbincangan dalam kumpulan mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh guru di sekolah bagi memenuhi ciri-ciri utama aspirasi setiap murid.


Sebelas Anjakan Utama Untuk Mentransformasi Sistem Pendidikan Negara


Kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh semua rakyat Malaysia. Setiap anjakan perlu memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu daripada lima keberhasilan sistem, iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, dan kecekapan. Kualiti menjadi fokus utama merentasi semua anjakan kerana kualiti merupakan dimensi penting yang perlu diberikan perhatian segera. Sebahagian daripada anjakan ini merupakan perubahan strategi dan hala tuju pendidikan. Anjakan yang lain merupakan perubahan pelaksanaan dalam cara Kementerian dan sekolah melaksanakan dasar sedia ada. Sama ada perubahan bersifat strategi atau pelaksanaan, semuanya menggambarkan anjakan daripada amalan semasa. Sebelas anjakan tersebut adalah :


Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidika berkualiti bertaraf antarabangsa

.Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan.

Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai.

Anjakan 4: Mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan.

Anjakan 5: Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

Anjakan 6: Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.

Anjakan 7: Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

Anjakan 8: Mentransformasi kebolehandan keupayaan penyampaian Kementerian.

Anjakan 9: Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti, dan sektor swasta secara meluas.

Anjakan 10:Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

.Anjakan 11:Meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.


Layari Internet Dengan merujuk laman web http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025 anda dikehendaki membuat nota peta minda mengenai anjakan utama transformasi sistem pendidikan negara.Urutan Anjakan TransformasiBerdasarkan keperluan membina kebolehan dan keupayaan sistem pendidikan negara, Kementerian telah menyusun transformasi yang akan dilaksanakan dalam tiga gelombang; gelombang satu, gelombang dua dan gelombang tiga.


Gelombang transformasi

Gelombang 1 (2013-2015)

Kementerian memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Dalam tempoh pelaksanaan ini, tumpuan akan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kemahiran guru sedia ada di dalam sistem, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dengan memperbaiki pendekatan pelantikan dan melatih pengetua/guru besar, dan meningkatkan kadar literasi (bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dan numerasi menerusi program pemulihan yang intensif). Kementerian juga akan mengukuhkan dan memberi pengupayaan kepada pegawai di peringkat negeri dan daerah untuk meningkatkan kualiti sokongan yang diberikan kepada kumpulan barisan hadapan ini bagi membantu semua sekolah. Menjelang akhir Gelombang 1, Kementerian akan memastikan semua guru, pengetua/guru besar dan sekolah mencapai tahap minimum standard kualiti yang dihasratkan. 


Antara inisiatif Kementerian dalam Gelombang 1 adalah:

 Meningkatkan standard pengajaran melalui bimbingan guru secara khusus terutamanya dalam mata pelajaran teras (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains).

 Mereka bentuk semula soalan peperiksaan supaya lebih menjurus kepada soalan kemahiran berfikir aras tinggi.

 Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM melalui pengukuhan kurikulum, pengujian dan latihan guru, dan penggunaan model pembelajaran pelbagai mod (blended learning). Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK yang direka bentuk untuk murid yang bahasa ibundanya bukan bahasa Malaysia.

 Mengukuhkan penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris melalui pengujian dan latihan semula guru, memperluas LINUS, dan menyediakan sokongan pemulihan serta model pembelajaran pelbagai mod (blended learning).

 Melaksanakan 1BestariNet ke semua sekolah untuk mengintegrasi ICT dalam pembelajaran harian.

 Melaksana Program Transformasi Daerah dengan tumpuan kepada sekolah berprestasi rendah termasuk murid berkeperluan khusus untuk memacu prestasi sekolah.

 Merombak IPG dan latihan praperkhidmatan dan meningkatkan standard kemasukan bagi guru baharu.

 Mewujudkan pembimbing pengetua/guru besar yang berdedikasi untuk sekolah Band 5,6 & 7 dan mengukuhkan kriteria pemilihan untuk pemimpin sekolah bagi meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah.

 Mentransformasi Kementerian dengan meletakkan pemimpin terbaik untuk menerajui jawatan penting di JPN dan PPD bagi meningkatkan prestasi sistem penyampaian.

 Meningkatkan enrolmen prasekolah dan sekolah menengah melalui kempen galakan enrolmen, lebih pelibatan ibu bapa, dan program vokasional yang lebih baik. Mengukuhkan praktikum dalam program vokasional melalui peningkatan kerjasama dengan sektor swasta.


Gelombang 2 ( 2016-2020)

Dalam tempoh Gelombang 2, Kementerian akan melaksanakan perubahan struktur sistem pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan (rancangan untuk semua inisiatif akan bermula semasa Gelombang 1). Perancangan ini melibatkan pergerakan kesemua 410,00 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu, penstrukturan semula Kementerian, JPN dan PPD untuk menjajarkan dengan peranan yang direncanakan menerusi Gelombang 1, dan memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disemak semula dalam usaha menangani kebimbangan mengenai pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk maju sesuai dengan perkembangan ekonomi dunia hari ini.

 Melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) semakan semula bagi meningkatkan standard kandungan dan pembelajaran setanding dengan standard antarabangsa.

 Menarik minat dan kesedaran masyarakat dalam STEM melalui kempen dan kerjasama.

 Merintis pilihan program untuk meningkatkan pendedahan kepada bahasa Inggeris, dan mengukuhkan penyediaan bahasa tambahan dalam usaha menambah baik penguasaan kemahiran bahasa secara menyeluruh.

 Mengukuhkan program untuk kumpulan berkeperluan khusus seperti kumpulan peribumi dan kumpulan minoriti lain, pintar cerdas, dan berkeperluan khas.

 Memacu inovasi ICT khususnya untuk pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran terarah kendiri.

 Meningkatkan bimbingan dan sokongan kepada guru bagi penambahbaikan penyampaian pengetahuan, kemahiran, dan nilai merentasi semua aspek kurikulum dan kokurikulum.

 Meningkatkan kompetensi dan kemajuan berdasarkan prestasi serta memantapkan laluan kerjaya guru untuk mencergaskan semula profesion keguruan.

 Mengukuhkan bahagian utama Kementerian, menyusun semula peranan Kementerian, JPN dan PPD untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan pelaksanaan. Memperoleh akreditasi antarabangsa dan memantapkan kurikulum program matrikulasi sebagai persediaan murid ke universiti.

 Memperluas pilihan pendidikan vokasional melalui perjanjian pelaksanaan dengan pembekal pendidikan vokasional swasta.


Gelombang 3 (2021-2025)

Pada permulaan Gelombang 3, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional.Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi.

 Meningkatkan inovasi dan pilihan bagi meningkatkan penguasaan kemahiran dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris secara berterusan dan menyediakan lebih banyak pilihan untuk mempelajari bahasa tambahan.

 Melaksanakan program dan inovasi ICT bagi kumpulan berkeperluan khusus di seluruh negara untuk meningkatkan standard pembelajaran secara berterusan.

 Memupuk budaya kecemerlangan profesional keteladanan rakan setugas, iaitu guru dan pemimpin sekolah saling membimbing, berkongsi amalan terbaik, dan memastikan rakan setugas mempunyai kebertanggungjawaban memenuhi standard profesional.

 Mempertingkat pengurusan berasaskan sekolah dan autonomi dari segi pelaksanaan kurikulum dan pengurusan kewangan bagi kebanyakan sekolah yang layak, sekiranya tidak kepada semua sekolah.

 Memperkasa Kementerian dan menginstitusikan transformasi melalui pengukuhan kemajuan kerjaya pegawai Kementerian.

 Mengkaji semula penstrukturan sekolah untuk menentukan sekiranya wujud keperluan untuk mengoptimumkan laluan dan pilihan persekolahan.Memikir Cuba fikirkan, apakah impak pelaksanaan transformasi sistem pendidikan ini kepada :  Murid  Guru  Pemimpin sekolah  Ibu bapa

Rumusan

Inovasi dan perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan mempunyai matlamat untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif. Sebagai pengurus dan pendidik, mereka harus memahami peranan dan bersedia dalam menghadapi perubahan ini. Hal ini disebabkan inovasi dan perubahan akan memberi implikasi dalam setiap aspek program pendidikan yang dilaksanakan. Perubahan ini juga akan meningkatkan kualiti modal insan guru yang dihasilkan. Sebagai panduannya, Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia akan mengawal hala tuju perubahan yang berlaku.    



Rujukan


Abdullah Sani bin Yahaya. (1997). Mengurus Sekolah. Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.Abdul Sukor Abdullah. (Jun 2004). Kepimpinan Unggul Tonggak Pengurusan Pendidikan Cemerlang. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan 14(01). IAB, Genting Highlands : Pp 18 – 20Ishak Sin. (2003). Gaya Kepimpinan Transformasi dan Pengajaran: Gaya manakah yang diperlukan Oleh Pengetua. Jurnal Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. 02(13). IAB. Genting Highlands. Pp 01 – 11.Kamaruddin Hj. Husin.(1994). Asas Pendidikan III: Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur: Longman.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2006). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan2006-2010”. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=home&bhs=my.Tarikh capaian 17 hb Februari 2007Kementerian Pendidikan Malaysia. (1981). Kurikulum baru sekolah rendah: Matlamat, rasional, bidang pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Falsafah Pendidikan Negara”. http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=falsafah&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.Kementerian Pelajaran Malaysia. (1993). “Misi Pendidikan Negara” http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=misi&bhs=my. Tarikh capaian 18hb Februari 2007.Kurikulum Baru Sekolah Rendah. (1986). Buku Panduan Am. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan PustakaMohamed Nor. (1990). Asas-Asas Pendidikan: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Flo Enterprise.Mohd Salleh Lebar. (2002). Perancangan pendidikan: Peringkat sekolah dan IPT. Kuala Lumpur. Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, (2013), Kementerian Pendidikan Malaysia.Pusat Perkembangan Kurikulum. (2000). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah:Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025