KNOWLEDGE IS POWER

Friday, 13 May 2016

KEBEBASAN ASASI WARGANEGARA MALAYSIA

KNOWLEDGE IS POWER

Kebebasan diri

(a) Tiada warganegara pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.
(b) Seseorang warganegara tidak boleh ditahan pihak polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Seseorang warganegara yang ditangkap oleh pihak polis hendaklah diberitahu tentang sebab-sebab dia ditangkap dengan seberapa segera yang boleh dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan peguam yang dipilihnya dan dibela oelh peguan itu.
(d) Jika seseorang warganegara ditahan oleh pihak polis tidak mengikut undang-undang,dia boleh memohon habeas corpus daripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.

Pengabdian dan kerja paksa

(a) Tiada warganegara pun yang boleh ditahan sebagai abdi.
(b) Segala jenis kerja paksa dilarang tetapi Parlimen boleh, dengan undang-undang, membuat peruntukan bagi perkhidmatan kerahan bagi maksud-maksud negara.

Perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang

(a) Tiada warganegara pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau ketinggalan yang tidak menjadi kesalahan di sisi undang-undang pada masa perbuatan atau ketinggalan itu dilakukan.
(b) Seseorang warganegara yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan dengan sesuatu kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan itu.

Sama rata

(a) Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.
(b) Semua warganegara tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keterunan, atau tempat lahir.

5 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

(a) Tiada warganegara pun boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki Persekutuan. (b) Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.

Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan

(a) Setiap warganegara bebas bercakap dan mengeluarkan fikirannya
(b) Setiap warganegara berhak berhimpun dengan aman
(c) Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.

Kebebasan agama

Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Hak-hak berkenaan dengan pendidikan

(a) Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan, atau tempat lahir.
(b) Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu.

9 Hak terhadap harta

(a) Tiada warganegara pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(b) Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa pampasan yang mencukupi.

Konsep Pengasingan Kuasa

KNOWLEDGE IS POWER

Doktrin Pengasingan Kuasa

1 Doktrin ini dikemukan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis.

2 Mengikut doktrin ini, kuasa pemerintahan sesebuah negara ahli falsafah kepada tiga buah badan yang bebas, iaitu:
(a) Badan perundangan
(b) Badan eksekutif
(c) Badan Kehakiman

3 Kuasa ketiga-tiga buah badan ini mempunyai peranannya yang tersendiri.

4 Tujuan doktrin pengasingan kuasa ini adalah untuk:
(a) mengelakkan pertindahan bidang kuasa, iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada satu kuasa
(b) mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan tertentu
(c) membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan yang lain



Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia

Doktrin pengasingan kuasa yang diambil oleh Malaysia berbeza daripada doktrin pengasingan kuasa kuasa asal

2 Malaysia mengamalkan doktrin pengasingan kuasa yang menekankan kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

3 Yang di-Pertuan Agong, sebagai Ketua Negara, mempunyai kuasa tertinggi dalam badan perundangan, badan eksekutif, dan badan kehakiman.

4 Di peringkat Persekutuan, Perdana Menteri dan anggota-anggotan kabinetnya melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Parlimen) yang menggubal undang-undang.

5 Di peringkat negeri, Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri melaksanakan fungsi eksekutif di samping menjadi ahli badan perundangan (Dewan Undangan Negeri) yang menggubal undang-undang.

6 Beberapa ciri negara Malaysia adalah seperti berikut:
(a) mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak westminster)
(b) mempunyai raja berperlembagaan (Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Agong)
(c) mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (terdapat Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri)
(d) mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
(e) mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan

SISTEM KERAJAAN

KNOWLEDGE IS POWER

Kerajaan Persekutuan

1 Kerajaan Persekutuan merupakan gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

2 Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak.

3 Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi sendiri dalam bidang perundangan tertentu.

4 Setiap peringkat juga mempunyai kedudukan yang seimbang.

5 Kerajaan Pusat mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal ehwal luar negara dan hal umum.

6 Kerajaan Negeri mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap hal dalam negeri seperti tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.

7 Tidak ada pihak yang mempunyai kuasa menindas terhadap pihak yang lain.

8 Contoh negara-negara yang mengamalkan Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil Australia, India, dan Malaysia.

Kerajaan Kesatuan

1 Kerajaan Kesatuan merupakan gabungan beberapa buah negeri dengan Kerajaan Pusat mempunyai segala kuasa pemerintahan.

2 Kerajaan Kesatuan berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri.

3 Contoh negara-negara yang mengamalkan Kerajaan Kesatuan ialah Britain, New Zealand, Perancis, Denmark, dan Indonesia.

Kerajaan Kesatuan

Kerajaan Konfederasi

1 Kerajaan Konfederasi merupakan sistem kerajaan yang memberikan kebanyakan kuasa pemerintahan kepada Kerajaan Negeri.

2 Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan terhad.

3 Kerajaan Pusat kurang berkuasa dan tersekat pentadbirannya.

4 Kerajaan Konfederasi diwujudkan melalui perjanjian longgar, contohnya Konfederasi Jerman Utara (1867-1871)

5 Kini, Kerajaan Konfederasi tidak wujud lagi.


Kerajaan Konfederasi

BENTUK KERAJAAN

KNOWLEDGE IS POWER

Monarki
Monarki ialah negara yang pemerintahannya dikuasai oleh raja atau sultan
2 Raja atau sultan menjadi pentadbir utana dan memonopoli kuasa eksekutif.
3 Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat raja atau sultan
4 Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan.
Contoh negara-negara monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, dan Brunei Darussalam

Republik
1 Negara republik tidak mempunyai raja sebagai ketua negara.
2 Dalam kebanyakan republik moden, ketua negara ialah Presiden yang merupakan rakyat biasa.
3 Negara republik juga mengamalkan prinsip demokrasi, dengan Presiden dilantik atau dipilih dalam proses pilihan raya.
4 Contoh negara-negara republik ialah Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Perancis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.
5 Sesebuah republik boleh mengamalkan sistem presiden atau sistem separa presiden.
  • Sistem Presiden

(a) Ketua negara ialah Presiden dan beliau juga menjadi ketua kerajaan.
(b) Presiden bertanggungjawab untuk mentadbirkan negara.
(c) Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
(d) Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico, dan Korea Selatan.
  • Sistem Separa Presiden

(a) Ketua negara ialah Presiden tetapi beliau bukan orang yang menjadi ketua kerajaan
(b) Ketua negara ialah Perdana Menteri.
(c) Kedua-dua Presiden dan Perdana Menteri mengambil bahagian dalam pentadbiran negara; hanya kuasa mereka diasingkan
(d) Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia, dan Peru.

Demokrasi

1 Negara yang mengamalkan demokrasi mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

2 Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat itu pula merupakan anggota parti-parti politik yang berlainan.

3 Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat, iaitu mempunyai wakil yang paling banyak dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum akan berkuasa untuk membentuk kerajaan.

4 Oleh itu, sistem demokrasi berteraskan konsep "kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat".

5 Ciri-ciri demokrasi termasuklah:
(a) hak asasi rakyat terjamin
(b) rakyat bebas untuk bersuara atau mengeluarkan idea.
(c) pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
(d) rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum.
(e) pengundian dalam pilihan raya dibuat secara sulit.
(f) kemenangan dalam pilihanraya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang diperoleh.

6 Negara yang mengamalkan domokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.

7 Negara-negara demokratik juga mengamalkan dua bentuk pemerintahan iaitu sistem raja berperlembagaan atau sistem Republik.

8 Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan ialah Malaysia, Britain, Negara Thai, dan Jepun.

9 Contoh negara-negara yang mengamalkan sistem Republik ialah Singapura, India, Filipina, dan Amerika Syarikat.

KONSEP NEGARA

KNOWLEDGE IS POWER


 Negara dapat ditakrifkan sebagai suatu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

2 Secara umum, sesebuah negara harus mempunyai ciri-ciri yang berikut:
(a) sempadan yang tetap dan diiktiraf
(b) penduduk yang tetap
(c) kerajaan yang teratur
(d) kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal ehwal dalam negara dan kebebasan
(e) mengadakan hubungan dengan negara-negara lain
(f) perlembagaan

Fahaman Sesebuah Negara
Demokrasi

1 Demokrasi mula-mula dianut orang-orang Yunani di Athens
2 Demokrasi berasal daripada perkataan Yunani demokratia; demo bererti rakyat
manakala kratia bererti perintah.
3 Maka itu, demokrasi bererti kuasa pemerintahan di tangan rakyat.
4 Persepsi Abraham Lincoln, salah seorang Presiden Amerika Syarikat tentang fahaman ini ialah " kerajaan rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat.

Fasisme
1 Fasisme diperkenalkan oleh Benito Mussolini di Itali pada tahun 1929.
2 Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara (mengamalkan kerajaan totalitarian).
3 Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuki besi.
4 Fahaman ini terkubur bersama-sama kematian Mussolini selepas Perang Dunia Kedua.


Nazisme
Nazisme
diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930-an


2 Fahaman ini menghalalkan kekejaman dan pembunuhan.

3 Pengamalan fahaman ini mencetuskan Perang Dunia Kedua dan pembunuhan beramai-ramai yang paling kejam dalam sejarah manusia.

4 Fahaman ini terkubur bersama-sama Hitler yang membunuh diri setelah kalah dalam Perang Dunia Kedua.

Maklumat Selanjutnya : https://en.wikipedia.org/wiki/Nazism

Komunisme

1 Komunisme diperkenalkan oleh Karl Marx (Rusia), dan diamalkan oleh pemimpin-pemimpin seperti Lenin (Rusia), Stalin (Rusia), dan Mao Tse Tung (China).

2 Fahaman politik ini menjadikan faktor pengeluaran dan barang-barang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat.

3 Pengamal fahaman ini melaungkan slogan "sama rata, sama rasa".

4. Komunisme juga menolak kewujudan Tuhan.

5 Kini, negara yang masih terikat oleh ajaran komunis secara ketat hanyalah Korea Utara dan Cuba.

Maklumat Selanjutnya : https://en.wikipedia.org/wiki/Communism

Sosialisme

1 Sosialisme mempunyai matlamat asas untuk memindahkan hak milik seseorang menjadi hak milik negara.

2 Negara sosialis biasanya mengamalkan polisi pintu tertutup, misalnya Myanmar dan Laos.

Tuesday, 10 May 2016

DASAR EKONOMI BARU

KNOWLEDGE IS POWER

DASAR EKONOMI BARU

Dasar Ekonomi Baru telah diperkenalkan pada tahun 1970 rentetan daripada peristiwa 13 Mei 1969 oleh Perdana Menteri Malaysia Kedua iaitu Tun Abdul Razak. Walaupun Rukun Negara telah diperkenalkan bagi melahirkan perpaduan semua kaum, namun Tun Abdul Razak menyedari yang perpaduan hanya boleh dicapai melalui penyusunan semula negara dari segi ekonomi dan sosial. Oleh itu, jika kita menyebut tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) pasti kita turut terfikir tentang matlamat utama dasar iaitu untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. DEB bertujuan memperbaiki keadaan sosio-ekonomi negara yang mengambil masa 20 tahun dengan terdiri daripada Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) hingga Rancangan Malaysia Keempat (1986-1990).

BIDANG KUASA PEGUAM NEGARA

KNOWLEDGE IS POWER

BIDANG KUASA PEGUAM NEGARA


Peguam Negara merupakan penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan, tanggungjawab,perlantikan dan pemecatan beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan iaitu daripada perkara 145(1) sehingga perkara 145(4).
Dalam perkara 145(1) memperuntukkan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik seseorang yang berkelayakan untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara dan atas nasihat daripada Perdana Menteri.
Perkara 145(2) menyentuh mengenai kuasa Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong, Jemaah Menteri atau Menteri-Menteri lain berkaitan dengan apa-apa sahaja undang-undang atau melaksanakan apa-apa sahaja tugas yang berkaitan dengan undang-undang. Peguam Negara juga merujuk atau mengetahui tugas yang diberikan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
Perkara 145(3) pula memperuntukkan kuasa Peguam Negara yang boleh dijalankan mengikut budi bicaranya iaitu untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding jenayah yang membabitkan sesuatu kesalahan selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
Perkara 145(3A) memperuntukan kuasa undang-undang untuk memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk menentukan mahkamah bagi menjalankan apa-apa prosiding dan peguam kuasa berkuasa untuk memulakan prosiding seperti yang diperuntukan dalam perkara 145(3) dan jika terdapat prosiding lain hendak dijalankan di mahkamah itu, maka prosiding itu perlu dipindahkan.
Dalam perkara 145(4) menyatakan pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
Melalui perkara 145, keseluruhannya bidang kuasa Peguam Negara meliputi menjadi penasihat utama tentang undang-undang kepada kerajaan. Peguam Negara juga merupakan pendakwa raya dan diberi kuasa untuk memula, menjalankan atau memberhentikan mana-mana prosiding jenayah kecuali di Mahkamah Syariah, Mahkamah Bumiputera dan Mahkamah Tentera. Peguam Negara juga bertanggungjawab bagi penggubalan perundangan bagi Kerajaan Persekutuan dan juga peguam bagi kerajaan di mahkamah dan berhak didengar di mana-mana mahkamah. Peguam negara juga bertugas merangka rang undang-undang Parlimen.

STRATEGI DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

KNOWLEDGE IS POWER

Dasar Pembangunan Nasional mengekalkan strategi asas DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan secara tidak langsung akan menyumbang ke arah mengukuhkan perpaduan antara kaum-kaum di Malaysia.Tujuan DPN ialah untuk mewujudkan corak pembangunan yang lebih seimbang dalam sektor- sektor utama ekonomi. Pembangunan dalam sektor- sektor utama ekonomi akan mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. DPN juga menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. Pembangunan yang dilaksanakan melalui DPN turut mementingkan perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.
Dengan mengambil kira kemajuan yang dicapai selepas DEB serta mengambil kira kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa perlaksanaannya, DPN telah membentuk dimensi-dimensi yang baru iaitu memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan iaitu menghapuskan golongan termiskin (hardcore poor) di samping mengurangkan kemiskinan relatif. Dimensi kedua ialah menumpukan pehatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat Pedagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu langkah untuk meningkatkan seterusnya mengekalkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan ekonomi. Dimensi ketiga ialah meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat. Dimensi yang terakhir ialah memberi tumpuan yang lebih kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

15 BAHAGIAN DALAM PERLEMBAGAAN

KNOWLEDGE IS POWER

15 BAHAGIAN DALAM PERLEMBAGAAN

Perlembagaan dibahagikan kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang relevan.
  • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
  • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
  • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
  • Bahagian 4 - Persekutuan
  • Bahagian 5 - Negeri-negeri
  • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
  • Bahagian 8 - Pilihanraya
  • Bahagian 9 - Kehakiman
  • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
  • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
  • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
  • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja

STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA

KNOWLEDGE IS POWER

STRUKTUR PEMERINTAHAN MALAYSIA


Corak pemerintahan di Malaysia telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara iaitu badan eksekutif (executive), badan perundangan (legislative) dan badan kehakiman (judicial). Pengasingan ketiga-tiga kuasa badan pemerintahan negara ini disebut sebagai 'doktrin pengasingan kuasa'. Doktrin ini mula diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang berbangsa Perancis pada abad ke - 18 ketika negara Perancis diperintah oleh Louis XIV yang menjalankan pemerintahan monarki ketika itu. Montesquieu berusaha merangka satu doktrin yang menjamin kehidupan rakyat daripada kezaliman pemerintah.

Pengasingan kuasa ini bertujuan untuk mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau komplot antara badan-badan pemerintah bagi menjamin kebebasan rakyat dan menghindarkan mereka daripada sebarang bentuk kezaliman. Selain itu, pengasingan ini juga bertujuan menghalang berlakunya pemusatan kuasa antara badan-badan pemerintah disamping dapat memainkan peranan sebagai check and balance dalam pemerintahan negara. Pengasingan kuasa ini dapat membahagikan setiap bidang pemerintahan dan setiap badan hanya berkuasa dalam bidang kuasanya masing-masing iaitu badan perundanagn hanya berkuasa membuat undang-undang, bidang eksekutif berfungsi menjalankan kuasa-kuasa pemerintahan dan mengkuatkuasakan undang-undang dan badan kehakiman ditugaskan untuk menjalankan penghakiman dan mentafsir undang-undang. Kuasa tertinggi di antara ketiga-tiga badan ini ialah Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.

TUGAS-TUGAS LAIN YANG DI-PERTUAN AGONG

KNOWLEDGE IS POWER

TUGAS-TUGAS LAIN YANG DI-PERTUAN AGONG

· Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi bagi Angkatan Bersenjata Persekutuan, seperti yang diperuntukan dalam Perkara 41 yang berikut:
"41. Perintah tertinggi angkatan tentera.
Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi angkatan tentera Persekutuan."
· Kuasa Pengampunan
Yang di-Pertuan Agong juga merupakan sumber pengampunan dan mempunyai kuasa untuk mengurniakan pengampunan dan menangguhkan hukuman bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah tentera dan juga bagi semua kesalahan yang dilakukan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Hal ini diperuntukkan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"42. Kuasa bagi mengampun, dsb.
(1) Yang di-Pertuan Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh Mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Gabenor sesuatu Negeri adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan lain yang dilakukan di Negerinya."
(2) Tertakluk kepada Fasal (10), dan tanpa menyentuh mana-mana peruntukan undang-undang persekutuan berhubung dengan remitan hukuman kerana berkelakuan baik atau khidmat khas, apa-apa kuasa yang diberi oleh undang-undang persekutuan atau undang-undang Negeri bagi meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman bagi sesuatu kesalahan boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong jika hukuman itu telah dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau oleh sesuatu mahkamah sivil yang menjalankan bidang kuasa dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan, dalam apa-apa hal lain, kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor bagi Negeri di mana kesalahan itu telah dilakukan.
(3) Jika sesuatu kesalahan telah dilakukan kesemuanya atau sebahagiannya di luar Persekutuan atau di beberapa buah Negeri atau dalam hal keadaan yang boleh menimbulkan waham di mana kesalahan itu telah dilakukan, maka bagi maksud-maksud Perkara ini kesalahan itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilakukan di Negeri di mana kesalahan itu telah dibicarakan. Bagi maksud Fasal ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, hendaklah masing-masing dianggap sebagai suatu Negeri.
(4) Kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong, ialah antara tugas-tugas yang peruntukan mengenainya boleh dibuat oleh undang-undang persekutuan di bawah Perkara 40(3);
(b) iaitu, setakat mana kuasa-kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Gabenor sesuatu Negeri, hendaklah dijalankan mengikut nasihat Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).
(5) Jemaah Pengampunan yang ditubuhkan bagi setiap Negeri hendaklah mengandungi Peguam Negara Persekutuan, Ketua Menteri Negeri itu dan tidak lebih daipada tiga orang ahli lain yang dilantik oleh Raja atau Gabenor; tetapi Peguam Negara boleh dari semasa ke semasa dengan suratcara mewakilkan tugas-tugasnya sebagai seorang ahli Jemaah itu kepada seseorang lain, dan Raja atau Gabenor boleh melantik seseorang untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah yang dilantik olehnya yang tidak hadir atau tidak berupaya menjalankan tugasnya.
(6) Ahli-ahli Jemaah Pengampunan yang dilantik oleh Raja atau Gabenor hendaklah dilantik bagi tempoh selama tiga tahun dan boleh dilantik semula, tetapi pada bila-bila masa boleh meletakkan jawatan sebagai ahli jemaah.
(7) Seseorang ahli Dewan Negeri atau ahli Dewan Rakyat tidak boleh dilantik oleh Raja atau Gabenor untuk menjadi ahli Jemaah Pengampunan atau untuk menjalankan bagi sementara tugas-tugas seseorang ahli Jemaah.
(8) Jemaah Pengampunan hendaklah bermesyuarat di hadapan Raja atau Gabenor dan Raja atau Gabenor itu hendaklah mengetuai mesyuarat itu.
(9) Sebelum Jemaah Pengampunan memberi nasihatnya mengenai apa-apa perkara ia hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah dikemukakan oleh Peguam Negara mengenai perkara itu.
(10) Walau apa pun yang tersebut dalam Perkara ini, kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman atau meremit, menggantung atau mengurangkan hukuman-hukuman yang dijatuhkan oleh mana-mana Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang yang mengawal hal ehwal ugama Islam di Negeri atau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua ugama Islam dalam Negeri itu.
(11) Bagi maksud Perkara ini, maka hendaklah ditubuhkan hanya satu Jemaah Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan peruntukkan-peruntukkan Fasal (5), (6), (7), (8) dan (9) hendaklah dipakai mutates mutandis bagi Jemaah Pengampunan di bawah Fasal ini kecuali bahawa sebutan mengenai “Raja atau Yang di-Pertua Negeri” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong dan sebutan mengenai “Ketua Menteri negeri itu” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
(12) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Perlembagaan ini, jika kuasa-kuasa yang tersebut dalam Perkara ini:
(a) kena dijalankan oleh Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri dan dikehendaki dijalankan berkenaan dengan dirinya atau isterinya, anak lelakinya atau anak perempuannya, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu di bawah Perkara ini dan yang hendaklah dipengerusikan olehnya;
(b) dikehendaki dijalankan berkenaan dengan Yang di-Pertuan Agong, Raja sesuatu Negeri, atau Konsortnya, mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Majlis Raja-Raja dan peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:
(i) apabila menghadiri mana-mana prosiding di bawah Fasal ini, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh disertai oleh Perdana Menteri dan Raja-Raja lain tidak boleh disertai oleh Menteri-Menteri Besar mereka;
(ii) sebelum membuat keputusannya tentang apa-apa perkara di bawah Fasal ini, Majlis Raja-Raja hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat bertulis yang mungkin telah diberikan oleh Peguam Negara tentang perkara itu;
(c) dikehendaki dijalankan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan anak lelakinya atau anak perempuannya mengikut mana-mana yang berkenaan, kuasa-kuasa itu hendaklah dijalankan oleh Raja sesuatu Negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-Raja dan Raja itu hendaklah bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang relevan yang ditubuhkan di bawah Perkara ini.
(13) Bagi maksud perenggan (b) dan (c) Fasal (12), Yang di-Pertuan Agong atau Raja Negeri yang berkenaan, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi anggota Majlis Raja-Raja.
· Hak Keistimewaan orang-orang Melayu dan Bumiputera Di Sabah dan Sarawak
Salah satu tanggungjawab yang penting oleh Yang di-Pertuan Agong ialah menjaga hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini dijelaskan dalam Fasal 153 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:
"153. Perezapan quota mengenai perkhidmatan, permit dsb., untuk orang Melayu.
(1) Adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera mana-mana Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukkan Perkara ini."
· Sumber Penghormatan dan Kebesaran
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan sumber penghormatan dan kebesaran. Baginda mengurniakan anugerah dan penghormatan kepada warganegara dan bukan warganegara serta mengurniakan darjah kebesaran kepada ketua-ketua negara asing dalam istiadat pengurniaan bintang-bintang bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda.
· Fungsi diplomatik
Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong melantik diplomat-diplomat Malaysia di luar negara dan juga menerima mengadap diplomat-diplomat asing yang ditugaskan di Malaysia sebelum diplomat-diplomat asing itu mula menjalankan tugas mereka.
· Selain daripada tugas-tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong, baginda juga bercemar duli menghadiri pelbagai majlis dan acara.