AIDS boleh dikategorikan sebagai jangkitan virus kepada manusia sama seperti demam campak, selesema, patitis, influenza dan penyakit kuning. Di mana virus ini akan menggabungkan sel-sel dan tisu-tisu dalam badan untuk membentuk jenis-jenis virus. Kajian berkaitan dengan virus telah bermula pada tahun 1898 oleh seorang botanis dari Belanda yang bernama Martinus Beijerinck.(Dewan Kosmik .2002) AIDS adalah penyakit yang berkait rapat dengan sistem imun manusia yang disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Penyakit ini mengganggu sistem imun manusia di mana pesakit yang menghidapi AIDS lebih cenderung untuk mendapat jangkitan HIV berbanding manusia normal(Wikipedia,2011).
Kes pertama AIDS di Asia telah dilaporkan di Israel pada tahun 1980, selepas diagnosis . Tiada kes AIDS telah dikesan dalam mana-mana negara Asia yang lain bagi tiga tahun akan datang. Filipina, Thailand, dan Turki melaporkan kes AIDS pada tahun 1984, kali pertama laporan kes-kes yang datang dari China, Hong Kong, Jepun, dan Qatar pada tahun 1985. Menjelang 1 Januari 1992, sebanyak 28 negara-negara Asia, di luar bekas Kesatuan Soviet, telah secara rasmi melaporkan kes-kes(Bimal Kanti Paul,1994).
Pada sekitar 1980-an AIDS dikaitkan dengan sejenis jangkitan paru-paru, pneumonia dan barah kulit yang dikenali sebagai ‘Sarkoma Kaposi’. Wabak pertama AIDS mula dikenal pasti 2400 tahun lalu di Kota Athens, dianggarkan kira-kira 100 ribu orang mati akibat jangkitan AIDS ini. AIDS(Acquired Immune Deficiency) mempunyai beberapa persamaan cirri dengan Sifilis kerana kedua-dua virus menjangkiti seseorang dengan cara dan corak yang sama. AIDS berlaku secara senyap-senyap tanpa kira umur dan jantina. Kanak-kanak turut menjadi mangsa kepada virus ini. Selain itu, golongan homoseksual merupakan golongan yang menjadi sasaran utama AIDS yang dikenali sebagai ‘Gay Related Immune Deficiency’(Dzulkifli,1990).
“secara purata hampir setengah daripada penghidap AIDS akan menemui ajalnya dalam masa 18 bulan setelah ia dikesan dan 36 bulan kemudian, 80 peratus pula akan mati mengikut beberapa kajian”(Dzulkifli,1990).
Kesan AIDS tidak dapat diramal ke generasi akan datang kerana saintis dan pakar penyelidik sendiri tidak dapat kenal pasti langkah yang tepat dan berkesan untuk atasi jangkitan ini. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) AIDS merupakan penyakit antarabangsa yang unik dan mencemaskan. Ini kerana AIDS merebak dengan cepat melalui darah dan cecair dari badan. Namun jangkitan AIDS masih belum jelas dari segi air liur, gigitan serangga dan ulat. Antara tanda-tanda seseorang disyaki menghidapi AIDS ialah seseorang yang demam secara tiba-tiba, cirit-birit (diarea), kulit mengelupas, kelenjar-kelenjar limfa di badan membesar dan membengkak. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat antara 3 hingga 14 hari. Antara tanda-tanda lain ialah penurunan berat badan, keletihan berpanjangan, berpeluh malam, radang otak, gangguan saraf dan gangguan fungsi buah pinggang. Jangkitan radang kulit dikenali sebagai ARC(AIDS Related Complex). Kemungkinan besar pesakit ARC berpeluang menjangkiti AIDS iaitu seramai satu pesakit ARC berisiko menghidapi AIDS daripada sepuluh orang pesakit ARC. Terdapat juga kes yang tidak tanda yang jelas dan hanya dapat dikesan pada saat-saat terakhir. Ini menunjukkan AIDS merupakan satu penyakit yang tidak dapat dijangka(Dzulkifli,1990).
Pada masa kini AIDS dikaitkan dengan hubungan seks, tidak kira homoseksual mahupun heteroseksual. Jangkitan AIDS pada homoseksual lebih tinggi berbanding dengan heteroseksual iaitu sehingga 75 peratus perhubungan heteroseksual lebih membahayakan wanita berbanding lelaki. Risikonya lebih sekiranya perhubungan seks melalui dubur. Tambahan lagi, seseorang berisiko menghidapi atau merebak penyakit AIDS sekiranya melakukan hubungan seks dengan ramai orang seperti contoh pelacur. Pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit atau penyakit kelamin memudahkan AIDS merebak. Selain itu, kumpulan yang menggunakan berkongsi suntikan seperti penagih dadah dan melukis tatu di permukaan kulit, di mana penerimaan darah daripada seorang penderma yang dihidapi AIDS. AIDS juga mudah merebak pada luka atau penyakit kulit. Jadi pekerja kesihatan terutamanya yang bekerja di bahagian merawat pesakit AIDS perlu lebih berhati-hati sekiranya mempunyai sebarang luka atau penyakit kulit(Dzulkifli ,1990).
Antara tahun 1983 hingga 1984, beberapa penyelidik mendapati virus HIV yang bertanggungjawab membawa AIDS. Mereka dapat membuktikan apabila HIV dapat diasingkan daripada pesakit AIDS. Virus HIV juga dapat dikesan bukan saja di dalam darah malah di dalam air mata, air liur, susu ibu, bendalir otak dan cecair kemaluan. Virus ini menyerang manusia secara senyap-senyap dan akan aktif secara tiba-tiba dan boleh memberi kesan tiba-tiba(Dzulkifli ,1990). Terdapat tiga kaedah penyebaran virus HIV, iaitu melalui hubungan seks, melalui penghantaran intravena kepada pendedahan darah yang dijangkiti HIV, pendermaan organ-organ dan penggunaan dadah serta penghantaran menegak daripada ibu kepada anak seperti contoh menyusu anak(Bimal Kanti Paul,1994). Jelaslah bahawa HIV bertanggungjawab membawa virus AIDS.
Terdapat beberapa langkah untuk mencegah AIDS merebak, antara usaha awal dilakukkan ialah pada tahun 1985,Malaysia mengisythiharkan langkah berwaspada dengan menubuhkan satu pasukan petugas di bawah Kementerian Kesihatan. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga sebarkan maklumat melalui media cetak dan elektronik. Tambahan lagi, hospital awam dan swasta juga telah mempunyai alat mengesan pergerakan orang asing ke Malaysia melalui komputer khas. Komputer ini memudahkan pencarian mereka yang berkaitkan dengan AIDS. Untuk mengawal jangkitan virus AIDS ini, pada September1986 sebanyak 19 Pusat Penyelidikan bergabung untuk mencari ubat bagi virus AIDS. Dengan menggantikan sel-sel yang musnah melalui pemindahan sel induk merupakan salah satu langkah untuk merawat AIDS namun beberapa pakar saintis mengatakan kaedah ini sesuai dijalankan pada pasangan adik beradik kembar. Selain itu, penderma darah dari seorang yang sihat juga dapat melawan pesakit yang hidapi AIDS.
Program Pendidikan juga berupaya menerangkan dan menilai segala kesamaran saintifik yang diperolehi daripada penyelidikan. Program ini harus disarankan kepada golongan tertentu seperti para profesional, golongan yang berisiko tinggi, pesakit AIDS, institusi pendidikan dan masyarakat umum. Pada Mei 22 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah mencetak 10000 naskah buku manual islam dan HIV/AIDS yang menjadi panduan kepada imam dan pangawai agama di seluruh negara terutamanya dalam menguruskan jenazah yang menjangkiti AIDS/HIV(Berita Harian,2011). Kaunseling juga memainkan peranan penting kerana kaunseling membantu mengurangkan rasa takut, cemas dan kecewa bagi sesiapa yang terlibat secara langsung dengan AIDS.Jadi Kaunseling harus tertumpu kepada keperluan keperibadian seorang pesakit supaya dapat membantu memulihkan kembali kepada keadaan sediakala(Dzulkifli,1990).
Jelaslah bahawa AIDS merupakan wabak penyakit yang paling mencabar dalam lembaran sejarah manusia sejak bermulanya tamadun manusia sejagat. Manusia telah berjaya mencegah dan mengawal serta merawat penyakit seperti Malaria, Hawar dan Kusta dengan menggunakan vaksin dan ubat antibiotik tetapi rawatan bagi kuman AIDS iaitu HIV masih belum ditemui. Terdapat pertubuhan seperti Pink Triangle yang menguruskan talian kecemasan kaunseling HIV atau AIDS di ibu kota. Para saintis masih berusaha dengan gigih untuk menghasilkan vaksin serta ubat untuk memusnahkan virus HIV sebelum ia menjejaskan sistem pertahanan tubuh manusia. Jadi pendekatan pencegahan dan kawalan harus tertumpu kepada pemulihan tingkah laku manusia supaya terhindar daripada jangkitan kuman HIV seperti yang dipersetujui oleh WHO yang mengatakan hanya Pendidikan Kesihatan sahaja senjata paling penting untuk mencegah musibah ini. Jelaslah bahawa AIDS merupakan maut hitam yang merebak secara senyap-senyap dan kajian untuk rawatan serta ubat penyakit berjangkit ini masih lagi dikaji oleh ahli-ahli saintis (Rusli Nordin et.al, 1997).
BIBLIOGRAFI
Berita Harian (sumber elektronik)(2011,22 Mei). Diperolehi pada
13 oktober 2011 daripada
islam-dan-hivaids.html
Bimal Kanti Paul (1994) AIDS in Asia(electronic version).The
Geographical,84 Diperolehi pada 11 oktober2011
daripada http://www.questia.com/googleScholar.qst?
docId=5000304973.
Dewan kosmik (2002Mac). Bahagian Kesihatan:Virus
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dzulkifli Abdul Razak (1990). AIDS Meniti Maut. Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn BHD.
Rusli Nordin et.al (1997). AIDS Suatu Pendekatan Bersepadu
di Malaysia.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wikipedia (2011).AIDS.Diperolehi pada 18 Oktober 2011 daripada: