KNOWLEDGE IS POWER

Tuesday, 8 November 2011

AIDS-MAUT HITAM

Sassy Gal Ur Mate


AIDS boleh dikategorikan sebagai jangkitan virus kepada manusia sama seperti demam campak, selesema, patitis, influenza dan penyakit kuning. Di mana virus ini akan menggabungkan sel-sel dan tisu-tisu dalam badan untuk membentuk jenis-jenis virus. Kajian berkaitan dengan virus telah bermula pada tahun 1898 oleh seorang botanis dari Belanda yang bernama Martinus Beijerinck.(Dewan Kosmik .2002) AIDS adalah penyakit yang berkait rapat dengan sistem imun manusia yang disebabkan oleh virus HIV (Human Immunodeficiency Virus). Penyakit ini mengganggu sistem imun manusia di mana pesakit yang menghidapi AIDS lebih cenderung untuk mendapat jangkitan HIV berbanding manusia normal(Wikipedia,2011).

Kes pertama AIDS di Asia telah dilaporkan di Israel pada tahun 1980, selepas diagnosis . Tiada kes AIDS telah dikesan dalam mana-mana negara Asia yang lain bagi tiga tahun akan datang. Filipina, Thailand, dan Turki melaporkan kes AIDS pada tahun 1984, kali pertama laporan kes-kes yang datang dari China, Hong Kong, Jepun, dan Qatar pada tahun 1985. Menjelang 1 Januari 1992, sebanyak 28 negara-negara Asia, di luar bekas Kesatuan Soviet, telah secara rasmi melaporkan kes-kes(Bimal Kanti Paul,1994).

Pada sekitar 1980-an AIDS dikaitkan dengan sejenis jangkitan paru-paru, pneumonia dan barah kulit yang dikenali sebagai ‘Sarkoma Kaposi’. Wabak pertama AIDS mula dikenal pasti 2400 tahun lalu di Kota Athens, dianggarkan kira-kira 100 ribu orang mati akibat jangkitan AIDS ini. AIDS(Acquired Immune Deficiency) mempunyai beberapa persamaan cirri dengan Sifilis kerana kedua-dua virus menjangkiti seseorang dengan cara dan corak yang sama. AIDS berlaku secara senyap-senyap tanpa kira umur dan jantina. Kanak-kanak turut menjadi mangsa kepada virus ini. Selain itu, golongan homoseksual merupakan golongan yang menjadi sasaran utama AIDS yang dikenali sebagai ‘Gay Related Immune Deficiency’(Dzulkifli,1990).

“secara purata hampir setengah daripada penghidap AIDS akan menemui ajalnya dalam masa 18 bulan setelah ia dikesan dan 36 bulan kemudian, 80 peratus pula akan mati mengikut beberapa kajian”(Dzulkifli,1990).

            Kesan AIDS tidak dapat diramal ke generasi akan datang kerana saintis dan pakar penyelidik sendiri tidak dapat kenal pasti langkah yang tepat dan berkesan untuk atasi jangkitan ini. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) AIDS merupakan penyakit antarabangsa yang unik dan mencemaskan. Ini kerana AIDS merebak dengan cepat melalui darah dan cecair dari badan. Namun jangkitan AIDS masih belum jelas dari segi air liur, gigitan serangga dan ulat. Antara tanda-tanda seseorang disyaki menghidapi AIDS ialah seseorang yang demam secara tiba-tiba, cirit-birit (diarea), kulit mengelupas, kelenjar-kelenjar limfa di badan membesar dan membengkak. Perubahan-perubahan ini dapat dilihat antara 3 hingga 14 hari. Antara tanda-tanda lain ialah penurunan berat badan, keletihan berpanjangan, berpeluh malam, radang otak, gangguan saraf dan gangguan fungsi buah pinggang. Jangkitan radang kulit dikenali sebagai ARC(AIDS Related Complex). Kemungkinan besar pesakit ARC berpeluang menjangkiti AIDS iaitu seramai satu pesakit ARC berisiko menghidapi AIDS daripada sepuluh orang pesakit ARC. Terdapat juga kes yang tidak tanda yang jelas dan hanya dapat dikesan pada saat-saat terakhir. Ini menunjukkan AIDS merupakan satu penyakit yang tidak dapat dijangka(Dzulkifli,1990).

            Pada masa kini AIDS dikaitkan dengan hubungan seks, tidak kira  homoseksual mahupun heteroseksual. Jangkitan AIDS pada homoseksual lebih tinggi berbanding dengan heteroseksual iaitu sehingga 75 peratus perhubungan heteroseksual lebih membahayakan wanita berbanding lelaki. Risikonya lebih sekiranya perhubungan seks melalui dubur. Tambahan lagi, seseorang berisiko menghidapi atau merebak penyakit AIDS sekiranya melakukan hubungan seks dengan ramai orang seperti contoh pelacur.  Pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit atau penyakit kelamin memudahkan AIDS merebak. Selain itu, kumpulan yang menggunakan berkongsi suntikan seperti penagih dadah dan melukis tatu di permukaan kulit, di mana penerimaan darah daripada seorang penderma yang dihidapi AIDS. AIDS juga mudah merebak pada luka atau penyakit kulit. Jadi pekerja kesihatan terutamanya yang bekerja di bahagian merawat pesakit AIDS perlu lebih berhati-hati sekiranya mempunyai sebarang luka atau penyakit kulit(Dzulkifli ,1990).

            Antara tahun 1983 hingga 1984, beberapa penyelidik mendapati virus HIV yang bertanggungjawab membawa AIDS. Mereka dapat membuktikan apabila HIV dapat diasingkan daripada pesakit AIDS. Virus HIV juga dapat dikesan bukan saja di dalam darah malah di dalam air mata, air liur, susu ibu, bendalir otak dan cecair kemaluan. Virus ini menyerang manusia secara senyap-senyap dan akan aktif secara tiba-tiba dan boleh memberi kesan tiba-tiba(Dzulkifli ,1990). Terdapat tiga kaedah penyebaran virus HIV, iaitu melalui hubungan seks, melalui penghantaran intravena kepada pendedahan darah yang dijangkiti HIV, pendermaan organ-organ dan penggunaan dadah serta penghantaran menegak daripada ibu kepada anak seperti contoh menyusu anak(Bimal Kanti Paul,1994). Jelaslah bahawa HIV bertanggungjawab membawa virus AIDS.

            Terdapat beberapa langkah untuk mencegah AIDS merebak, antara usaha awal dilakukkan ialah pada tahun 1985,Malaysia mengisythiharkan langkah berwaspada dengan menubuhkan satu pasukan petugas di bawah Kementerian Kesihatan. Selain itu, Kementerian Kesihatan juga sebarkan maklumat melalui media cetak dan elektronik. Tambahan lagi, hospital awam dan swasta juga telah mempunyai alat mengesan pergerakan orang asing ke Malaysia melalui komputer khas. Komputer ini memudahkan pencarian mereka yang berkaitkan dengan AIDS. Untuk mengawal jangkitan virus AIDS ini, pada September1986 sebanyak 19 Pusat Penyelidikan bergabung untuk mencari ubat bagi virus AIDS. Dengan menggantikan sel-sel yang musnah melalui pemindahan sel induk merupakan salah satu langkah untuk merawat AIDS namun beberapa pakar saintis mengatakan kaedah ini sesuai dijalankan pada pasangan adik beradik kembar. Selain itu, penderma darah dari seorang yang sihat juga dapat melawan pesakit yang hidapi AIDS.

 Program Pendidikan juga berupaya menerangkan dan menilai segala kesamaran saintifik yang diperolehi daripada penyelidikan. Program ini harus disarankan kepada golongan tertentu seperti para profesional, golongan yang berisiko tinggi, pesakit AIDS, institusi pendidikan dan masyarakat umum. Pada Mei 22 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah mencetak 10000 naskah buku manual islam dan HIV/AIDS yang menjadi panduan kepada imam dan pangawai agama di seluruh negara terutamanya dalam menguruskan jenazah yang menjangkiti AIDS/HIV(Berita Harian,2011). Kaunseling juga memainkan peranan penting  kerana kaunseling membantu mengurangkan rasa takut, cemas dan kecewa bagi sesiapa yang terlibat secara langsung dengan AIDS.Jadi Kaunseling harus tertumpu kepada keperluan keperibadian seorang pesakit supaya dapat membantu memulihkan kembali kepada keadaan sediakala(Dzulkifli,1990).

            Jelaslah bahawa AIDS merupakan wabak penyakit yang paling mencabar dalam lembaran sejarah manusia sejak bermulanya tamadun manusia sejagat. Manusia telah berjaya mencegah dan mengawal serta merawat penyakit seperti Malaria, Hawar dan Kusta dengan menggunakan vaksin dan ubat antibiotik tetapi rawatan bagi kuman AIDS iaitu HIV masih belum ditemui.    Terdapat pertubuhan seperti Pink Triangle yang menguruskan talian kecemasan kaunseling HIV atau AIDS di ibu kota. Para saintis masih berusaha dengan gigih untuk menghasilkan vaksin serta ubat untuk memusnahkan virus HIV sebelum ia menjejaskan sistem pertahanan tubuh manusia. Jadi pendekatan pencegahan dan kawalan harus tertumpu kepada pemulihan tingkah laku manusia supaya terhindar daripada jangkitan kuman HIV seperti yang dipersetujui oleh WHO yang mengatakan hanya Pendidikan Kesihatan sahaja senjata paling penting untuk mencegah musibah ini. Jelaslah bahawa AIDS merupakan maut hitam yang merebak secara senyap-senyap dan kajian untuk rawatan serta ubat penyakit berjangkit ini masih lagi dikaji oleh ahli-ahli saintis (Rusli Nordin et.al, 1997).





 


 


 


 


 



BIBLIOGRAFI


 


Berita Harian (sumber elektronik)(2011,22 Mei). Diperolehi pada

   13 oktober 2011 daripada


   islam-dan-hivaids.html



Bimal Kanti Paul (1994) AIDS in Asia(electronic version).The

   Geographical,84 Diperolehi pada 11 oktober2011


   docId=5000304973.



Dewan kosmik (2002Mac). Bahagian Kesihatan:Virus

   Dewan Bahasa dan Pustaka.



Dzulkifli Abdul Razak (1990). AIDS Meniti Maut. Petaling Jaya:

   Fajar Bakti Sdn BHD.



Rusli Nordin et.al (1997). AIDS Suatu Pendekatan Bersepadu

   di Malaysia.Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.



Wikipedia (2011).AIDS.Diperolehi pada 18 Oktober 2011 daripada:

Wednesday, 29 June 2011

TOPIK-TOPIK DALAM GEOGRAFI FIZIKAL

Sassy Gal Ur Mate
1. SISTEM BUMI
1.1 KONSEP SISTEM
1.2. SISTEM SURIA
1.3. KEDUDUKAN BUMI DALAM SISTEM SURIA
1.4 TENAGA
      1.4.1 KONSEP TENAGA
      1.4.2 JENIS DAN PUNCA TENAGA
1.5 PERANAN TENAGA SURIA
      1.5.1 PROSES FIZIKAL
      1.5.2 HIDUPAN DI BUMI
 
  LATIHAN
 
2. SISTEM GEOMORFOLOGI
2.1 PENGENALAN
2.2 KONFIGURASI BENTUK BUMI
      2.2.1 BATUAN / GEOLOGI
      2.2.2 PROSES ENDOGENIK (PROSES DALAMAN BUMI)
      2.2.3 HANYUTAN BENUA
2.3  PEMBENTUKAN LANDSKAP DI KAWASAN TROPIKA LEMBAP
      2.3.1 LULUHAWA
      2.3.2 PERGERAKAN JISIM
      2.3.3 LEMBANGAN SALIRAN
      2.3.4 PINGGIR PANTAI
2.4  KAITAN SISTEM GEOMORFOLOGI DENGAN MANUSIA
2.5 KEMAHIRAN AMALI
2.6 KAJIAN LUAR
 
 
3.  SISTEM ATMOSFERA
 
3.1 STRUKTUR DAN KANDUNGAN
3.2 CUACA DAN IKLIM
3.3 KAITAN SISTEM ATMOSFERA DENGAN MANUSIA
3.4 PERUBAHAN IKLIM
3.5 IKLIM MIKRO
3.6 KEMAHIRAN AMALI
3.7 KAJIAN LUAR
 
4. SISTEM HIDROLOGI
4.1 FASA AIR
4.2  KITARAN HIDROLOGI
4.3 EDARAN AIR TANIH
4.4 IMBANGAN AIR
4.5 KAITAN SISTEM HIDROLOGI DENGAN MANUSIA
4.6 KEMAHIRAN AMALI
4.7 KAJIAN LUAR
 
5. SISTEM EKOLOGI
 
5.1 EKOLOGI DAN EKOSISTEM
5.2 ALIRAN TENAGA DALAM SIRATAN MAKANAN
5.3 KITAR NUTRIEN DALAM EKOSISTEM
5.4 KAITAN SISTEM EKOLOGI DENGAN MANUSIA
5.5 KAJIAN LUAR
 
6. SALING KEBERGANTUNGAN SISTEM
 
6.1 INTERAKSI ANTARA SISTEM
6.2 INTERAKSI SISTEM FIZIKAL DENGAN SISTEM GUNAAN MANUSIA
6.3 PENGEKALAN, PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR FIZIKAL
 

 

Tuesday, 28 June 2011

STPM - Pengajian Am Kertas 2 - Bahagian A dan B ( Esei )

Sassy Gal Ur Mate
Bahagian A dan B ( Esei )
  • Setiap soalan dalam pengajian am kertas 2 mempunyai kata kunci jawapan
  • Pelajar mesti menganalisis kehendak soalan dengan cara mengenai pasti kata kunci dan petunjuk jawapan
( 1 ) Bentuk soalan A dan B
  1. Bentuk Tunggal ( Satu set jawapan yang sama )
    • Pusat sumber sekolah menyediakan banyak kemudahan kepada guru dan pelajar untuk mendapat ilmu pengetahuan. Bincangkan kepentingan Pusat Sumber Sekolah dalam konteks merealisasikan minat membaca. SKEMA : ( 4 + 0 )
    • Mata Pelajaran Sejarah adalah subjek teras yang diajar kepada semua pelajar di peringkat sekolah menengah. Bincangkan kepentingan mata pelajaran Sejarah. SKEMA : ( 4 + 0 )
    • Kos pembikinan bukanlah faktor utama yang menyebabkan filem tempatan kurang bermutu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan diatas SKEMA : ( 1 + 3 )
    • Hukuman merotan boleh menjadi satu alternatif kepada pihak sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Pendekatan psikologi dan cara lain juga mampu mengurangkan masalah disiplin di sekolah. Jelaskan. SKEMA : 1 + 1 + 2 ( Mana - mana 2 daripada cara-cara lain
  2. Bentuk Berkembar ( dua set jawapan berasingan )
    • Sumber tenaga nuklear memberi banyak manfaat kepada manusia walau bagaimanapun sumber alternatif ini juga boleh mengancam kehidupan dan alam sekitar. Bincangkan. SKEMA : ( 2 + 2 )
    • Kegiatan memberi pinjaman wang secara haram seperti " Along " mendapat sambutan kerana wujud permintaan daripada orang ramai yang memerlukannya. Namun ramai peminjam menghadapi risiko apabila gagal menjelaskan pinjaman. Bincangkan. SKEMA ( 2 + 2 )
    • Kejadian jenayah indeks dan bukan indeks di Malaysia semakin meningkat dan amat membimbangkan semua pihak. Jelaskan punca fenomena ini semakin meningkat dan kesannya kepada negara. SKEMA ( 2 + 2 )
( 2 ) Memahami kata kunci soalan

Kata Kunci Soalan - Bincangkan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di awal ayat - skema jawapan 4+0
    • Hasil sawit merupakan bahan komoditi negara yang diusahakan secara individu, syarikat atau agensi-agensi kerajaan. Bincangkan kepentingan minyak sawit kepada pembangunan negara.
  2. Jika di awal ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Taraf kesihatan dan kehidupan masa kini dijangka akan berupaya melanjutkan lagi hayat manusia dan menambah bilangan warga tua dalam masyarakat Malaysia. Bincangkan implikasi peningkatan warga tua di negara ini.
  3. Jika di akhir ayat - skema 2 + 2
    • Sumber buruh asing dari Indonesia dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. Kemasukan tenaga buruh tanpa kawalan akan menimbulkan masalah sosioekonomi kepada penduduk tempatan. Bincangkan.
    • Industri pelancongan menyumbang kepada kemajuan negara. Namun, Sumbangan positif industri tidak seharusnya melalaikan kita kepada kesan negatif. Jelaskan
Kata Kunci Soalan - Jelaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di awal ayat - skema jawapan ( 4 + 0 )
    • Untuk mencapai status negara maju, sesebuah negara perlu mencapai tahap kemajuan sains dan teknologi yang tinggi. Jelaskan peranan sains dan teknologi dalam konteks pernyataan ini.
    • Bahan toksik boleh boleh mengancam kesihatan dan keselesaan manusia sekiranya baha buangan ini tidak diuruskan dengan baik. Jelaskan kesan bahan buangan toksik kepada hidupan dan alam sekitar.
Kata Kunci Soalan - Huraikan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Jalan raya adalah pemangkin kepada kemajuan ekonomi negara dan merupakan sumber utama perhubungan darat antara bandar-bandar utama dan juga kawasan-kawasan lain. Huraikan.
    • Tugas mendidik anak-anak merupakan tugas utama ibu bapa, namun kesibukan mereka memberi kesan kepada tingkah laku anak-anak. Huraikan.
Kata Kunci Soalan - Ulaskan

Maksud / Ulasan Kata Kunci
  1. Jika di akhir ayat - skema jawapan 2 + 2
    • Sungguhpun penciptaan alat-alat komunikasi satelit memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan tertentu, namun penciptaan alat-alat itu sebenarnya menimbulkan masalah dalam kehidupan manusia. Ulaskan.

Nota tambahan :
  • Isi ikut keutamaan
  • Cari fokus dalam soalan
  • Tidak perlu hurai isi dulu
  • Tulis isi dengan ringkas dan padat
  • Dalam huraian isi barulah dihuraikan panjang lebar

Monday, 27 June 2011

SOALAN – SOALAN SEJARAH STPM 2000 – 2009

Sassy Gal Ur Mate


Tema 1 Sejarah Malaysia
2001
Huraikan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19.
Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa Barat.
2002
Terangkan struktur sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
Bincangkan Hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum campur tangan British.
2004
Bincangkan jenis-jenis hamba dan kesan pemerintahan British terhadap sistem perhambaan di Tanah Melayu.

2005
“Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu, golongan pembesar Melayu mempunyai kuasa politik, ekonomi, dan sosial dalam pemerintahan.” bincangkan.

2006
Huraikan struktur masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum tahun 1874.

Masyarakat Melayu sebelum kedatangan British bukanlah masyarakat pertanian semata-mata. Bincangkan.

2007
Bincangkan peranan adat dalam kehidupan masyarakat Melayu sebelum campurtangan British.
2008
Bincangkan peranan pembesar di Pahang sebelum campur tangan British.
2009
Bincangkan pengaruh Islam terhadap kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.



Tema 2 Sejarah Malaysia

2000
Bandingkan bentuk pentadbiran kolonial British di Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah dari tahun 1819 hingga tahun 1888.

Bincangkan sebab-sebab perubahan daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan British di negeri-negeri Melayu pada tahun 1874.


2001
Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh faktor perkembangan perusahaan bijih timah dan getah. Bincangkan.
Huraikan reaksi penduduk pribumi terhadap campur tangan British di Sabah atau Sarawak dari tahun 1850-an hingga tahun 1915.

2002
Jelaskan sebab-sebab penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896.

Kestabilan politik di Tanah Melayu telah mendorong orang Cina dan India berhijrah ke negara ini pada abad ke-19. Bincangkan.

2003
Huraikan perubahan-perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan beraja dan pembesar Melayu di Perak dari tahun 1874 hingga tahun 1909.

Galurkan perkembangan sistem ekonomi masyarakat Malaysia sehingga akhir abad ke-19.

Bandingkan keadaan politik antara Sungai Ujong dengan Selangor menjelang campur tangan British pada pertengahan tahun 1870-an.

Bincangkan sebab-sebab penentangan terhadap pemerintahan British di Kelantan pada tahun 1915 dan di Terengganu pada tahun 1928.
2004

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan bijih timah di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1840-an hingga 1920-an.

Huraikan kepentingan Perjanjian Persekutuan 1896 dari segi politik dan ekonomi.

2005Bincangkan ekonomi bercorak komersil di Sarawak pada abad ke-19.

Huraikan bagaimana keluarga Temenggung berkuasa sepenuhnya di Johor pada akhir abad ke-19.

2006
Jelaskan faktor-faktor yang mendorong penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu dari pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

2007
Bincangkan perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah Melayu hingga tahun 1941.

Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap pentadbiran Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

2008
Bincangkan kegiatan ekonomi komersil di Sabah pada abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

Bincangkan faktor campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19.

Huraikan kesan sosioekonomi sebagai akibat kemasukan orang China dan orang India pada akhir abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

2009
Huraikan bentuk pemerintahan baru yang diperkenalkan oleh Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19.

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh British untuk meluaskan pengaruhnya di Negeri-negeri Melayu Utara Tanah Melayu dari tahun 1897 hingga tahun 1909.

Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi perdagangan pada awal abad ke-20. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?








Tema 3 Sejarah Malaysia

2000
“Pendudukan Jepun telah berjaya melahirkan satu kesedaran politik yang meluas, lebih tersusun dan bersatu di kalangan barbagai-bagai bangsa selepas tahun 1945”.Bincangkan pernyataan ini.

Jelaskan kesan-kesan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905.

Galurkan langkah-langkah yang membawa kepada pembentukan Malaysia


2001

Bincangkan tiga faktor yang membawa kepada pengisytiharan darurat pada tahun 1948. Huraikan lima langkah yang diambil oleh pihak British untuk menamatkan darurat.

2002
Huraikan peranan dan sumbangan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an.

2003
Jelaskan mengapa pada peringkat awal Sabah dan Sarawak menolak Gagasan Malaysia.

2004
Bincangkan perjuangan Gerakan islah di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.

Bincangkan kebangkitan gerakan anti-British yang berlaku di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Bincangkan alasan-alasan penentangan yang dikemukan oleh kerajaan Indonesia, Filipina dan Brunei berkaitan dengan penubuhan Malaysia.

2005
Bincangkan gerakan anti-Jepun di Malaysia antara tahun 1942 hingga tahun 1945.

Jelaskan usaha yang dilakukan oleh United Malays National Organisation (UMNO) dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu sebelum kemerdekaan Tanah Melayu.

2006
Bincangkan kesan sosial dan ekonomi akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.

Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Gerakan Anti Penyerahan Sarawak pada tahun 1946 dan faktor-faktor kegagalan gerakan tersebut.

2007
Bincangkan faktor-faktor yang menyatukan orang Melayu untuk menentang Malayan Union pada tahun 1946.

Bincangkan perkembangan dan peranan persatuan-persatuan Melayu dari tahun 1926 hingga tahun 1937.
2008

Bincangkan usaha kerajaan
meningkat penglibatan dan sokongan penduduk tempatan dalam membanteras anc
aman komunis dari tahun 1948 hingga tahun 1954.

2009Bincangkan matlamat dan strategi perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu dari tahun 1906 hingga tahun 1938.


Tema 4 Sejarah Malaysia 2000
Struktur ekonomi Tanah Melayu masih merupakan kesinambungan kepada sistem ekonomi colonial. Bincangkan perubahan-perubahan ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan sehingga tahun 1963.
2001
Huraikan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau, Komanwel, dan antarabangsa dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
2002
Huraikan sistem pemerintahan Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963.
2003
Bincangkan dasar pendidikan di Tanah Melayu pada tahun 1957 hingga tahun 1963 dalam usaha membina sebuah negara yang bersatu padu.

2005
Bincangkan penglibatan Malaysia dalam Pertubuhan Asia Tenggara (ASA), Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan Komanwel sejak tahun 1957.

2006
Bincangkan kekuatan dan kelemahan dasar luar pro-Barat dan anti-komunis yang diamalkan oleh Tanah Melayu selepas kemerdekaan.

2007
Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan istimewa dalam Persekutuan Malaysia.Jelaskan.

2008
Analisis perkembangan pendidikan di Malaysia dari tahun 1956 hingga tahun 1961.

2009
Bincangkan dasar ekonomi yang dijalankan di Tanah Melayu dari tahun 1956 hingga tahun 1963.


Tema 1 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963
2001
Huraikan peranan golongan pembesar dalam sistem sosial Zaman Tokugawa dan Zaman
Manchu pada abad ke-19.

2002
Terangkan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar (Burma) sebelum kedatangan Barat.

Huraikan struktur masyarakat feudal yang terdapat di negara China dan Jepun sebelum pembukaan kedua-dua negara ini kepada kuasa-kuasa asing.

2003
Huraikan adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan Jepun sebelum kedatangan Barat.

Huraikan sistem ekonomi tradisional di Thailand dan di Filipina sebelum kedatangan Barat.

2005
“Masyarakat di Asia Tenggara pada awal abad ke-19 berpegang teguh kepada kepercayaan agama”. Bincangkan.





2006
Bandingkan susun lapis masyarakat Vietnam dengan susun lapis masyarakat Jepun pada abad ke-19.

2007

Bandingkan institusi pemerintahan kemaharajaan di China dengan institusi pemerintahan kemaharajaan di Jepun hingga abad ke-19.

2008
Huraikan sistem pemerintahan beraja di Thailand dan China sebelum pengibatan kuasa Barat.

2009
Bincangkan peranan pembesar di Thailand dan Vietnam sebelum peluasan pengaruh Barat.

Bincangkan kegiatan pertanian sara diri di India dan Vietnam sebelum campur tangan Barat.



Tema 2 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

2000
Huraikan kesan sosial akibat campurtangan Barat terhadap kehidupan rakyat Indonesia dan Myammar ( Burma )

Bandingkan tindakbalas china dan jepun dalam menghadapi persaingan kuasa barat dari pertengahan abad ke-19 hingga dekad pertama abad ke 20.

Bandingkan pemodenan Thailand semasa pemerintahan Raja Chulalongkorn(1868-1910) dengan pemodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji(1968-1912).

2001
Bincangkan perubahan-perubahan yang nyata akibat campur tangan British di India dan China sehingga mencetuskan Dahagi India pada tahun 1857 dan Pemberontakan Boxer pada tahun 1900.

Bincangkan dasar pintu tertutup yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.

Bincangkan tindak balas masyarakat terhadap kuasa Barat di Filipina dan Indonesia pada abad ke-19.

2002
Huraikan ekonomi komersial di Indonesia dan Thailand selepas kedatangan Barat pada abad ke-19.
Bincangkan reaksi masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19.



2003
Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India pada abad ke-19.

2004
Bandingkan faktor-faktor yang menyebabkan Thailand dapat mengekalkan kedualatannya daripada penjajahan kuasa Barat berbanding dengan negara China pada abad ke-19.

Jelaskan faktor-faktor yang membantu perkembangan pesat ekonomi komersil di Jepun pada abad ke-19.


2005
Sejauh manakah ekonomi menjadi faktor terpenting campur tangan Barat di negara China dan Jepun pada abad ke-19?

Bandingkan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Filipina dan India pada abad ke-19.

2006
Bincangkan kesan kedatangan kuasa Barat terhadap perubahan ekonomi di Indonesia dan Filipina.

Analisis kesan hegemoni kuasa Barat terhadap China dan Jepun pada abad ke-19.


2007
Bincangkan kegiatan ekonomi di Indonesia dan Thailand hingga awal abad ke-20.

Pertembungan antara kebudayaan Barat dengan kebudayaan tempatan telah mengakibatkan meletusnya Perang Jawa (1825-1830) dan Dahagi India (1857).Bincangkan

2008
Bincangkan kewujudan masyarakat berbilang kaum di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-19.

2009
Bincangkan faktor yang mendorong meletusnya Perang Inggeris-Burma I (1824-1826) dan Perang Candu I (1839-1842).

Tema 3 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

2000
Bincangkan perkembangan-perkembangan di luar Asia Tenggara yang memberi kesan kepada gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sebelum, tahun 1930an.

Bandingkan pendekatan pemulihan kuasa memerintah antara Maharaja Tung Chih di China dengan Maharaja Meiji di Jepun.


2001

Huraikan gerakan anti-Jepun di Filipina dan Burma dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

2002
Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun 1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932.

2003
Huraikan mengapa peranan dan pengaruh golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Myanmar (Burma) dan di Indonesia mengalami kemerosotan selepas pertengahan tahun 1930-an.

Jelaskan mengapa kehadiran Jepun di Asia Tenggara telah membawa gerakan politik yang berbeza di Thailand dan di Myanmar(Burma).

2004
Huraikan perkembangan pendidikan Barat di Indonesia dan di Thailand dari tahun 1850 hingga Perang Dunia Pertama.

Bincangkan perkembangan organisasi gerakan nasionalisme di Vietnam dari tahun 1913 hingga 1931.

Huraikan corak perjuangan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911 dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di India sebelum tahun 1941.

2005
Bincangkan peranan golongan intelektual dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar (Burma) dari tahun 1900 hingga tahun 1941.

Bincangkan langkah-langkah pemodenan yang dilakukan Raja Chulalongkorn di Thailand dan Raja Mindon Min di Myanmar (Burma).


2006
Bincangkan pengaruh agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.

Bincangkan peristiwa sejak tahun 1940-an yang membawa kemerdekaan India dan Filipina.


2007
Bandingkan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mongkut (1851-1868) di Thailand dengan perubahan yang dilakukan oleh Raja Mindon Min (1853-1878) di Myanmar dalam mengekalkan kemerdekaan negara masing-masing.

Bincangkan perjuangan bersenjata yang dilakukan oleh Parti Komunis China (PKC) dan Parti Komunis Indonesia (PKI) hingga pertengahan abad ke-20.

2008
Bincangkan perkembang sistem pendidikan di Filipina dan Jepun pada abad ke-19.
Bandingkan perjuangan antara Partai Nasional Indonesia dengan Kongress Kebangsaan India dalam gerakan nasionalisme hingga tahun 1941.

Usaha pemodenan di Jepun pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20 lebih berjaya berbanding dengan usaha pemodenan di China. Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini?

2009
Sejauh manakah agama dan bahasa memainkan peranan dalam menyatukan bangsa Indonesia dan India pada abad ke-20?
Bincangan perjuangan Jose Rizal dalam gerakan nasionalisme di Filipina dan Dr. Sun Yat Sen dalam Revolusi China pada tahun 1911.


Tema 4 Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur, 1800-1963

2000
Bagaimanakah pertubuhan serantau dan antarabangsa membantu negara Asia Tenggara yang baru merdeka?
2001
d Bandingkan ciri pemerintahan republic antara China dengan Indonesia dari tahu 1949 hingga tahun 1960.

2002
d Bincangkan persamaan dan perbezaan dasar luar negara China dan India dari tahun 1948 hingga tahun 1963.

2003
d Jelaskan perkembangan politik yang berlaku di China dan Jepun, setelah tamatnya Perang Dunia Kedua.

2004
d Bandingkan dasar luar Vietnam dengan dasar luar Indonesia dari tahun 1945 hingga 1963.

2005
d Huraikan bagaimana Amerika Syarikat berjaya mengukuhkan fahaman demokrasi dalam pentadbiran negara Filipina (1935-1946) dan Jepun (1945-1952).

2006
d Bincangkan dasar luar Thailand dan dasar luar Indonesia selepas Perang Dunia Kedua.

2007
d Bincangkan dasar luar yang diamalkan oleh Pakistan dan China selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.

2008
d Bincangkan usaha pembangunan ekonomi dan sosial yang dilaksanakan di Filipina dan Vietnam dari tahun 1945 hingga tahun 1963.
2009
d Bandingkan dasar luar Thailand dengan dasar luar Jepun selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1963.